• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Pelajar Asrama Akhlak Di Pokok Sena Meloloskan Diri

oleh Cj Mnh
19/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seramai 10 pelajar lelaki dari Asrama Akhlak Gajah Mati, Pokok Sena dekat sini dilaporkan telah melarikan diri dari asrama itu petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata, kejadian berlaku antara pukul 5.30 petang hingga 9.00 malam selepas ia disedari pembantu pegawai pembangunan masyarakat yang berada di asrama itu malam tadi.

Katanya, mereka yang meloloskan diri ialah sembilan remaja warga tempatan dan seorang warganegara Thailand berusia antara 14 hingga 17 tahun.

“Suspek melarikan diri melalui pintu pagar bahagian belakang asrama dengan cara mengumpil pintu dan memotong pagar. Setelah semakan dibuat mendapati 10 tahanan telah hilang iaitu sembilan remaja warga tempatan dan seorang remaja warganegara Thailand,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, kesemua yang melarikan diri masih berpakaian baju -T berwarna biru dan merah.

“Tahanan yang melarikan diri antaranya mempunyai tiga rekod dadah dan selebihnya rekod jenayah yang mana lapan daripadanya telah dijatuhkan hukuman manakala yang selebihnya masih dalam perbicaraan.

Katanya, sehingga kini belum ada tangkapan dibuat dan usaha mengesan kesemua suspek sedang dilakukan dan kes disiasat mengikut Sekyen 223/224 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: Asrama Akhlakmeloloskan diri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Panjat Bumbung, Rempuh Penguat Kuasa Cubaan PATI Untuk Lolos

Panjat Bumbung, Rempuh Penguat Kuasa Cubaan PATI Untuk Lolos

13/08/2023
0

MANJUNG: Pelbagai helah digunakan pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk meloloskan diri ketika serbuan pihak berkuasa termasuk sanggup memanjat bumbung,...

7 Pelajar Perempuan Lolos Asrama Akhlak Di Jitra

07/11/2018
0

KUBANG PASU - Tujuh pelajar perempuan sebuah asrama akhlak di Jitra dekat sini nekad memecahkan siling bumbung premis berkenaan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd