• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yusof Tegur Kerajaan – Malaysia Sudah Pun Membangun

oleh
29/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“DENGARKAN ini baik-baik. Kalau benar ingin membangunkan negara ini, negara ini sudah pun membangun. Yang ingin dibangunkan adalah masyarakat yang pada saat ini menderita”

Itu teguran bekas Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Yusuf Azmi kepada pimpinan negara dan badan bukan kerajaan (NGO).

Beliau yang kini bersama Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia berkata, tiada gunanya bergaduh demi kuasa kerana yang menderita untuk melengkapi barang dapur rumah tidak mencukupi adalah rakyat sedangkan yang miskin bertambah miskin, manakala yang kaya bertambah kaya.

“Kalau benar anda ingin menjadi pemimpin yang memahami derita yang dilalui rakyat, maka Infaq-kan lah 90 peratus daripada harta kalian untuk rakyat kalian.

“Kalau pemimpin di saat ini memiliki sebuah biji rumah, dua buah biji kereta, mungkin itu sudah melengkapi kehidupan anda sebagai pemimpin. Anda memilih untuk menjadi pemimpin, bukan anda memilih untuk menjadi ahli perniagaan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Yusof malah menyindir jika memilih menjadi ahli perniagaan, maka ingin mengumpul harta banyak mana sekalipun menjadi lumrah hidup sebagai ahli perniagaan

Bagaimanapun, apabila telah memilih menjadi pemimpin, maka untuk masuk ke dalam wadah perjuangan membela rakyat harus merasai apa yang dilalui oleh rakyat.

“Jadi wahai pemimpin kalau anda benar berjiwa rakyat, lihatlah dalam baki akaun anda berapa banyak yang anda guna untuk rakyat anda? Berapa banyak yang anda infakkan kepada rakyat anda?

“Anda sendiri yang memilih memperjuangkan rakyat anda, bukan anda memilih menjadi ahli perniagaan. Fahami pemimpin rakyat atau ahli perniagaan yang anda pilih.

“Dua haluan yang berbeza. Tujuan yang berbeza. Semoga anda sedar apa yang saya sampaikan,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

Tags: Yusuf Azmi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Apa Sudah Jadi IKIM.fm?

Next Post

Jururawat Rugi RM30,000 Ditipu Macau Scam

Related Posts

Yusuf Azmi, Abang Ali Ditahan Polis

04/05/2021
0

KAJANG - Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia, Yusuf Azmi serta seorang individu dikenali sebagai Abang Ali antara enam individu...

Negara Jadi Huru-Hara Angkara Pengkhianat?

29/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Yusuf Azmi melemparkan kata-kata keras keatas...

Next Post

Jururawat Rugi RM30,000 Ditipu Macau Scam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd