Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Tindakan PM Pinjam Yen...

ANEH... Ketika banyak negara membangun lebih selesa dengan mata wang yuan dari China...

Video: Lima Individu ‘Ditelan’...

SEJAK kebelakangan ini pelbagai jenis musibah serta ujian telah menimpa masyarakat di China.Daripada...

PV Sedia Nilai Semula...

PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sedia melihat dan menilai semula langkah mewujudkan...

120 Kilogram Emas Hasilkan...

MAKKAH - Sejumlah 120 kilogram benang emas dan 120 kilogram benang perak digunakan...

Waris Namakan Anak Kedua Tihani Izz Nina

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap, Waris, 29, memilih nama Tihani Izz Nina untuk anak perempuannya yang dilahirkan pada 2 Ogos lalu.

Berkongsi berita mengenai kelahiran puterinya itu di laman sosial Instagram, beberapa jam lalu, Waris atau nama sebenarnya Muzzammil Alias, turut memberitahu, bayi berkenaan dilahirkan isterinya, Izzati Amirah Kamaruddin, 29, di sebuah hospital di Negeri Sembilan.

Anak kedua penyanyi yang ditampilkan dalam lagu dendangan Wani, Pendusta Cinta, itu dilahirkan dengan berat 3.3 kilogram (kg).

“Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak kedua kami pada Selasa minggu lalu secara normal tanpa sebarang komplikasi. Cuma bezanya, bayi kami kali ini lebih berat berbanding abangnya yang hanya 2.46 kg ketika dilahirkan.

“Kami bersetuju untuk memilih nama Tihani Izz Nina untuk si kecil, yang juga pilihan isteri saya. Semoga dia membesar seindah namanya juga.


“Ketika ini, anak lelaki saya nampaknya menjadi lebih manja dengan saya, mungkin kerana dia baru saja mendapat adik. Begitupun, dia juga sering dilihat mencium adiknya setiap hari,” katanya kepada BH Online.

Penyanyi itu, yang semakin popular dengan lagu Terbaik Bossku, dan Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 Ogos 2015. Mereka menyambut kelahiran anak pertama, Mudassir, pada September 2016. – BH Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • waris

Kategori