• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waris Namakan Anak Kedua Tihani Izz Nina

oleh
11/08/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap, Waris, 29, memilih nama Tihani Izz Nina untuk anak perempuannya yang dilahirkan pada 2 Ogos lalu.

Berkongsi berita mengenai kelahiran puterinya itu di laman sosial Instagram, beberapa jam lalu, Waris atau nama sebenarnya Muzzammil Alias, turut memberitahu, bayi berkenaan dilahirkan isterinya, Izzati Amirah Kamaruddin, 29, di sebuah hospital di Negeri Sembilan.

Anak kedua penyanyi yang ditampilkan dalam lagu dendangan Wani, Pendusta Cinta, itu dilahirkan dengan berat 3.3 kilogram (kg).

“Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak kedua kami pada Selasa minggu lalu secara normal tanpa sebarang komplikasi. Cuma bezanya, bayi kami kali ini lebih berat berbanding abangnya yang hanya 2.46 kg ketika dilahirkan.

“Kami bersetuju untuk memilih nama Tihani Izz Nina untuk si kecil, yang juga pilihan isteri saya. Semoga dia membesar seindah namanya juga.

“Ketika ini, anak lelaki saya nampaknya menjadi lebih manja dengan saya, mungkin kerana dia baru saja mendapat adik. Begitupun, dia juga sering dilihat mencium adiknya setiap hari,” katanya kepada BH Online.

Penyanyi itu, yang semakin popular dengan lagu Terbaik Bossku, dan Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 Ogos 2015. Mereka menyambut kelahiran anak pertama, Mudassir, pada September 2016. – BH Online

Tags: waris
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Kesan Waris Bayi Dibuang Dalam Beg

Polis Kesan Waris Bayi Dibuang Dalam Beg

10/03/2025
0

SUNGAI PETANI - Polis sedang mengesan ibu kepada bayi perempuan yang ditinggalkan dalam beg di sebuah bangsal kayu di Taman...

JKM Cari Waris Bayi Perempuan

JKM Cari Waris Bayi Perempuan

14/10/2024
0

Kuala Berang : Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Hulu Terengganu sedang mengesan ibu kandung dan waris kepada seorang bayi perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd