• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Putus Pergelangan Tangan Ditetak Suami

oleh Ahmad Albab
12/08/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang isteri putus pergelangan tangan kiri selepas ditetak suaminya yang cemburu dengan wanita itu dalam kejadian di kawasan parkir tingkat tiga flat Bayu Nyaman, Bayan Lepas dekat sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 12.55 tengah malam tadi dan bergegas ke tempat insiden sebelum mendapati wanita berusia 24 tahun berkenaan telah putus pergelangan tangan kirinya.

“Pada mulanya polis menerima maklumat berlaku kejadian ragut sehingga menyebabkan mangsa cedera kerana ditetak suspek namun sebaik kami sampai di lokasi insiden, wanita itu didapati telah putus pergelangan tangan kirinya.

“Berdasarkan siasatan awal,mangsa telah ditetak oleh suaminya dengan sebilah pisau sebelum suspek melarikan diri dan tiada barang berharga yang hilang daripada wanita itu,” katanya di sini hari ini.

Katanya mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Anbalagan berkata pasangan itu dalam proses bercerai dan siasatan mendapati suami wanita berkenaan bertindak sedemikian kerana dendam dan cemburu dengan mangsa serta mendakwa isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain sejak dua tahun lepas.

Katanya susulan kejadian itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah dan Task Force Ibu Pejabat Polis Barat Daya telah melancarkan operasi mengesan suspek sebelum berjaya menahan lelaki berusia 39 tahun berkenaan di hadapan sebuah surau di Lebuh Maccalum, di sini pukul 3 pagi.

“Suspek mengaku menetak isterinya kerana cemburu dan dendam, dia turut mengalami kecederaan ketika bergelut dengan mangsa. Lelaki itu yang mengalami cedera luka di tangan telah menerima rawatan di Hospital Balik Pulau,” katanya.

Beliau berkata lelaki yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah itu kini direman untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan disiasat menurut 326 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: kes tetakSuami Isteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

10/11/2025
0

Georgetown: Polis Pulau Pinang membongkar sindiket pengedaran dadah bunga ganja bernilai RM8.6 juta dalam dua serbuan yang dijalankan di Bukit...

Mengaku Tetak Anak Dan Isteri, Lelaki Dipenjara 20 Tahun

Mengaku Tetak Anak Dan Isteri, Lelaki Dipenjara 20 Tahun

04/11/2025
0

Sibu: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun terhadap seorang lelaki berusia 58 tahun selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd