• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wakil Anwar Hantar Borang Pencalonan Presiden PKR

oleh
05/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Borang pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai presiden PKR dihantar kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR 2018 di sini, hari ini.

Borang pencalonan beliau yang dicadangkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diserahkan oleh Pengarah Strategik PKR Sim Tze Tzin sebagai penyokong pada kira-kira 11.15 pagi.

Setiausaha JPP MPP PKR 2018, Ismail Yusof mengumumkan penerimaan borang pencalonan berkenaan.

Sementara itu, setakat 11.44 pagi, dua borang pencalonan bagi merebut jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah dihantar.

Borang berkenaan dihantar sendiri oleh calon berkenaan iaitu Anggota Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi.

Timbalan Ketua AMK Melaka Naqiuddin Nazrin pula menghantar borang pencalonan untuk bertanding jawatan timbalan ketua AMK.

Naib Ketua Wanita PKR Dr Daroyah Alwi pula menghantar borang pencalonan bagi merebut jawatan timbalan ketua Wanita parti itu.

Proses pencalonan bagi pemilihan MPP PKR bermula 10 pagi tadi di Ibu Pejabat PKR di sini. – BERNAMA

 

 

Tags: Presiden PKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Pencabar Bagi Jawatan Presiden PKR

26/07/2018
0

KUALA LUMPUR – Masih belum ada calon lain yang tampil menyuarakan hasrat untuk mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi jawatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd