• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belum Ada Pencabar Bagi Jawatan Presiden PKR

oleh Ahmad Albab
26/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Masih belum ada calon lain yang tampil menyuarakan hasrat untuk mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi jawatan Presiden PKR dalam pemilihan parti akan datang, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata setakat ini hanya Anwar yang mengesahkan akan bertanding jawatan tertinggi parti itu yang kini disandang isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Setakat ini yang dah betul-betul mengesahkan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Runcit dan Francais Antarabangsa Malaysia 2018 (MIRF) di sini hari ini ketika ditanya mengenai perkara itu.

Saifuddin berkata beliau akan bertemu dengan Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, di Turki bagi urusan melengkapkan borang pencalonannya.

“Secara kebetulan saya akan menziarahi beliau esok di Turki dan saya akan bincang mengenai persiapan beliau dalam mengambil bahagian dalam pemilihan akan datang,” katanya.

Ditanya mengenai cadangan menghapuskan jawatan Ketua Umum parti berkenaan, beliau dengan ringkas berkata: “Cadangan bagi menghapuskan jawatan berkenaan kita akan bincang kemudian.” – BERNAMA

Tags: Presiden PKRSaifuddin Nasution Ismail
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saifuddin Rayu Keputusan Sabitan Fitnah Sanusi

Saifuddin Rayu Keputusan Sabitan Fitnah Sanusi

24/08/2025
0

ALOR SETAR: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan selepas keputusan Mahkamah Tinggi di sini, hari...

Saifuddin Kritik Rafizi Memilih Untuk Bercuti

24/03/2022
0

Kemunculan semula bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sekadar menghuru-harakan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Apakah adil orang yang pernah lari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd