Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

5 Kluster Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti lima kluster baharu yang...

Indeks Syariah Malaysia Meningkat...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peningkatan ketara prestasi...

Penerbangan Tangguh, Hampir 400...

Kota Bharu : Hampir 400 bakal jemaah meluahkan rasa kecewa dengan sebuah agensi...

Jumlah Jangkitan Ebola Cecah...

GENEVA - Jumlah mangsa yang dijangkiti Ebola sudah mencecah hampir 10,000 orang di...

Utusan Malaysia Juga Akan Ditahlilkan

1. MULAI 12.8.2018 ruangan pojok Awang Selamat Mingguan Malaysia kembali kepada nama asal kolumnya iaitu “Ada Ada Saja”. Membaca komen pertama Awang Selamat di bawah nama baru itu boleh disimpulkan Utusan Malaysia seperti ada muslihat dan hala tuju baru.

2. Ada dua tajuk penting dalam ruangan pojok itu yang menarik untuk diulas iaitu “100 Hari Tahlil UMNO” dan “Mahathir-Anwar Bergandingan”. 100 Hari Tahlil UMNO boleh membawa makna UMNO telah meninggal dunia dan telah dikuburkan. Oleh itu UMNO perlu ditahlilkan. Biasanya bila ditahlilkan orang yang mati itu tidak boleh hidup semula.

3. Awang Selamat ada menjelaskan 100 Hari Tahlil itu bermaksud UMNO mesti bermuhasabah, melakukan bedah siasat dengan berani dan ikhlas. Tetapi kenapa tajuk itu dipilih? Apakah ada maksud tersirat iaitu UMNO akan di “Amalgamated”.

4. Nampaknya Awang Selamat juga mahu Najib menjarakkan diri daripada kepimpinan hadapan UMNO. Apakah Najib cuba mencampuri urusan kepimpinan UMNO. Apakah betul dakwaan tersebut. Komen Awang Selamat lagi, rakyat sebenarnya boleh menerima GST tetapi menentangnya kerana percaya Najib menggunakan kutipan GST untuk melangsaikan hutang negara kerana penyelewengan oleh Najib dan beberapa kepimpinan dalam GLC seperti Tabung Haji, 1MDB, KWAP dan FELDA? Elok orang penting dalam Tabung Haji, KWAP dan FELDA buat penjelasan.

5. Itu tuduhan baru dan berat. Betulkah penyelewengan tersebut? Walaupun persepsi tetapi Awang Selamat telah membantu mempromosinya. Dengan kata lain Awang Selamat kini telah mengheret Utusan Malaysia membantu PH mengukuhkan “persepsi” bahawa Najib memang melakukan penyelewengan.

6. Nampaknya Utusan juga menyertai gerakan untuk menjadikan Najib kambing hitam punca kekalahan UMNO dan gerakan menyisihkan Najib daripada UMNO.

7. Tajuk kedua yang turut menarik perhatian ialah ”Mahathir-Anwar Bergandingan”. Nampaknya Awang Selamat begitu positif terhadap gandingan ini. Pada beliau gandingan itu saling melengkapi dan diharap dapat memacu Malaysia ke mercu tanda politik baharu Malaysia.


8. Utusan kini diterajui oleh Pengerusi yang ada kuasa eksekutif. Pengerusi Eksekutif Utusan Malaysia sekarang ialah DS Aziz Sheikh Fadzir. Ketua Pengarang pula sudah tidak ada kuasa eksekutif.

9. Apakah perubahan ini memberi gambaran bahawa Utusan Malaysia akan menjadi instrumen kepada proses “Amalgamated UMNO” iaitu UMNO menjadi sebahagian daripada kerajaan hari ini. Semoga Utusan tidak menjadi alat untuk mempromosi individu tertentu. Kalau itu berlaku, giliran Utusan pula untuk ditahlilkan.

Ada Ada Sahaja. – MYNEWSHUB.TV

Oleh: Mohd Puad Zarkashi

Kategori