Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Wang Hangus, Pelaburan Lesap...

KUANTAN - Wang hangus, pelaburan lesap. Itu nasib seorang guru yang kerugian RM45,000...

Bintara Muda Maritim APMM...

BUTTERWORTH - Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengaku tidak bersalah di...

Lelaki Ada 15 Rekod...

Kota Kinabalu : Lelaki yang memiliki 15 rekod jenayah pecah rumah, curi dan...

Wanita Berbikini Berjemur Di...

Victoria – Tindakan dua wanita yang berbikini dan berjemur di tanah perkuburan di...

Penerbangan Tangguh, Hampir 400 Bakal Jemaah Umrah Kecewa

Kota Bharu : Hampir 400 bakal jemaah meluahkan rasa kecewa dengan sebuah agensi pelancongan yang memaklumkan penangguhan penerbangan bagi menjalani ibadah umrah pada saat akhir.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Lebih mendukacitakan, apabila kumpulan pertama yang sepatutnya berlepas pada 25 Februari lalu, menerima mesej dua hari sebelum penerbangan dengan alasan tiada kekosongan hotel di Makkah.

Bagaimanapun, agensi berkenaan sudah membuat perjumpaan dengan jemaah yang terbabit pada Sabtu lalu, tetapi mereka (agensi pelancongan) masih belum memberikan surat pengesahan sebagai bukti pembayaran balik.

Salah seorang mangsa, Mohd Nasir Saat, 65, berkata, majoriti jemaah tidak mahu meneruskan pakej umrah dengan agensi berkenaan walaupun mereka memaklumkan akan membawa jemaah selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Saya sendiri membayar sebanyak RM54,000 bagi mengerjakan umrah bersama isteri, Ruslah Mat Yaman, 62, serta anak dan menantu. Apakan daya, keterujaan kami untuk menjadi tetamu Allah akhirnya bertukar dengan berita yang mengecewakan.

“Demi meneruskan niat menjalani ibadah umrah, saya terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang lagi untuk ke sana melalui khidmat agensi lain dan Alhamdulillah, kami akan bertolak ke sana pada 9 Mac nanti.

“Besar harapan saya dan bakal jemaah lain yang turut menjadi mangsa agar pihak agensi ini segera mengambil tindakan dengan mengembalikan wang kami,” katanya ketika ditemui semasa perhimpunan bersama mangsa lain di perkarangan pejabat agensi terbabit, di sini, hari ini.

Beberapa mangsa yang hadir mendakwa, pihak agensi berkenaan berjanji untuk memberi surat pengesahan sebagai bukti perjanjian bayaran balik dalam tempoh seminggu namun masih belum diterima sehingga hari ini.


Nik Dah Yusoff, 75, pula berkata apa yang berlaku membuat dirinya sedih kerana itu adalah perancangan umrah pertama hasil simpanan wang sejak bertahun-tahun lamanya.

“Sepatutnya, saya bertolak pada 6 Mac ini tetapi harapan saya lebur begitu sahaja apabila anak memaklumkan bahawa ia terpaksa ditangguhkan atau mungkin dibatalkan.

“Saya bukanlah orang senang yang boleh ke Tanah Suci setiap tahun, oleh itu, apa yang terjadi kali ini sangat memberi kesan buat saya yang teringin untuk sampai ke sana,” katanya.

Sementara itu, wakil agensi pelancongan ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah memaklumkan kepada jemaah yang terbabit akan situasi sebenar yang berlaku.

Menurutnya, mereka memerlukan masa untuk memulangkan semula wang susulan pembelian tiket penerbangan yang sudah dibuat dan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga bulan untuk menerima bayaran balik.

Tambahnya lagi, deposit hotel juga sudah dibuat, justeru pihaknya meminta jemaah bersabar selain memberi jaminan pemulangan wang dan mengakui ada memaklumkan penangguhan sehingga Hari Raya Aidilfitri nanti.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori