• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Masih Yang Terbaik, Tidak Perlu Parti Baharu

oleh Cj Mnh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pihak yang tidak bersetuju dengan kerajaan sekarang, sepatut bersama membantu menguatkan semula UMNO dan bukan menubuhkan parti baharu, kata Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Bekas Menteri Besar itu berkata, UMNO masih adalah yang terbaik, malah penubuhan parti baharu bukan jalan penyelesaian kepada semua masalah dan cabaran, terutama bagi masyarakat Melayu ketika ini.

Beliau berkata, penubuhan parti baharu juga bukan suatu perkara yang boleh dilakukan begitu sahaja, malah usaha itu akan menjadi sia-sia jika ia kurang mendapat sokongan.

“Sikit-sikit mahu tubuhkan parti baharu. Rakyat melihat semua ini dan jika sokongan terhadap parti itu tidak seberapa, akhirnya semua kerja tiada menjadi.

“Oleh itu, jika tidak bersetuju dengan kerajaan sekarang, mereka patutnya sama-sama membantu menguatkan semula UMNO. UMNO masih (parti) yang terbaik,” katanya kepada NSTP, di sini, hari ini.

Datuk Dr Ibrahim Ali hari ini mengumumkan penubuhan sebuah parti baharu dan yang ke-56 di Malaysia, dikenali sebagai Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA).

Parti menggunakan lambang tanjak itu membawa agenda memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, UMNO bersedia menghadapi keadaan sokongan rakyat susulan penubuhan parti baharu.

Beliau berkata, ia juga tidak akan menjejaskan perjalanan UMNO yang sedang dalam proses pemulihan.

“Kita bersedia hadapi (parti baharu),” katanya. – BH Online

Tags: Datuk Seri Mohamed Khaled NordinUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd