• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Kutuk Rayer Cakap Kepala Bapak Di Parlimen

oleh
02/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CELUPAR… Aksi biadab ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer ketika persidangan Dewan Rakyat semalam yang semakin menjadi-jadi sehingga berani sebut ‘kepala bapak’ bukanlah isu baharu.

Wakil DAP itu memang celupar ketika celah penggulungan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman, apabila menujukan perkataan ‘kepala bapak’ kepada kalangan Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN).

Kebiadabannya itu telah membangkitkan kemarahan mereka sebagai mana Rayer pernah menyebut ‘UMNO celaka!’ dalam persidangan Dewan Undangan Negeri ketika menjadi ADUN Seri Delima di Pulau Pinang pada tahun 2014.

Antara yang bangkit untuk tampil membidas ungkapan berbaur kurang ajar oleh Rayer itu ialah dua bekas menteri dari BN, iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap) dan Tan Sri Noh Omar (Tanjong Karang).

Keadaan sedikit tegang antara tiga ahli Parlimen itu kerana Rayer berkeras tidak tarik balik perkataan tidak senonoh tersebut memaksa Timbalan Speaker, Nga Kor Ming campur tangan mengarahkan Rayer pula berbuat demikian.

Beliau juga beri amaran supaya tidak lagi menggunakan perkataan tidak senonoh di dalam sidang Dewan Rakyat sambil bertegas jika enggan tarik balik, ia seperti paksa dirinya menggunakan kuasa di bawah perkara 44.

“Yang dibangkitkan oleh YB Padang Terap adalah tentang kata-kata. Dan saya menghalusi perdebatan YB Jelutong. Tetapi perkataan yang ditutur itu agak kurang sopan dan saya minta perkataan ‘kepala bapak’ itu ditarik balik.

“Yang saya buat ruling (peraturan) di mana YB Jelutong, mana-mana perkataan yang diturutkan tidak senonoh dengan kemuliaan Dewan ini wajib kita cuba elakkan. Hari ini saya maafkan, jangan ulang lagi,” ujar Kor Ming.

Isu itu turut tarik perhatian Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menerusi exconya, Shahrul Nasrun Kamaruddin yang menyifatkan Rayer sebagai cuba sengaja tunjuk samseng di Parlimen dan wajar segera letak jawatannya.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau:

Sebaik bermulanya Dewan Rakyat penggal ke-14, rakyat dapat melihat pelbagai gelagat wakil yang dipilih mereka ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lalu.

Aksi cabar-mencabar dengan kata-kata kurang enak dan kurang sopan selain kenyataan bersifat provokasi telah menjadi rutin perbahasan dalam Dewan Rakyat.

Sikap segelintir Ahli Parlimen PH mengganggu dan mencelah ucapan Ahli Parlimen pembangkang (BN) dengan mengaitkan isu-isu yang tidak berkaitan dan sentiasa langgar peraturan mesyuarat dilihat amat memualkan.

Malah tidak keterlaluan saya katakan Ahli Parlimen PH bersikap tidak matang dan gagal untuk berperanan sebagai Kerajaan.

Sejak bermulanya usul perbahasan bagi menjunjung kasih titah Yang di Pertuan Agong, saya cukup tertarik melihat Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.

Bagi saya Rayer begitu komited mencelah di setiap ucapan Ahli Parlimen BN sehinggakan isu yang dibangkitkan tidak sampai disebabkan masa terbuang kerana gangguan yang dicipta oleh Rayer.

Dan semalam Dewan Rakyat kembali kecoh kerana perkataan “kepala bapak” yang digunakan oleh Rayer sehinggakan Nga Kor Ming bertindak memberi amaran kepada Ahli Parlimen Jelutong.

Daripada sikap kurang ajar dan biadab Rayer, adakah Ahli Parlimen Jelutong ini sedar bahawa dirinya adalah bergelar Ahli Yang Berhormat.

Adakah Rayer tahu lagak samseng yang ditunjukkan itu boleh menyebabkan rakyat mula hilang rasa hormat kepada wakil rakyat mereka sendiri?

Rayer wajib tahu dirinya dipilih bagi membawa suara rakyat bukannya untuk menunjukkan kejantanan atau keberanian apatah lagi menghina pihak lain di dalam Dewan Rakyat.

Sekiranya Rayer benar-benar mahu menunjukkan kejantanan, saya sarankan Rayer melepaskan jawatan Ahli Parlimen Jelutong dan sertai perlawanan Ultimate Fighting Championship (UFC).

Saya pasti ramai yang inginkan Rayer sebagai “sparring partner” mereka.

Dewan Rakyat adalah tempat untuk membawa isu dan permasalahan rakyat. Justeru, Ahli Parlimen khususnya RSN Rayer diminta untuk jaga adab sepanjang perbahasan kerana setiap perilaku serta ucapan di dalam Dewan Rakyat sedang dipertontonkan dan dinilai oleh rakyat.

Shahrul Nasrun Bin Kamaruddin
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
1 Ogos 2018

Tags: Kepala BapakRSN Rayer
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cabaran Kim Swee Hadapi Sukan Asia Makin Besar

Next Post

PGPF Kecam Kekerasan Israel Terhadap Flotila

Related Posts

MP Pendang Digantung Parlimen Kerana Tuduh Rayer Anti-Islam

MP Pendang Digantung Parlimen Kerana Tuduh Rayer Anti-Islam

15/07/2024
0

Awang Solahuddin Hashim (PN-Pendang) digantung parlimen selama tiga hari kerana menggelar RSN Rayer (Harapan-Jelutong) sebagai anti-Islam. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Rayer, DAP Lapor Polis Dakwaan Sanusi Status P Pinang

Rayer, DAP Lapor Polis Dakwaan Sanusi Status P Pinang

01/06/2023
0

GEORGETOWN: Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer hari ini membuat laporan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor...

Next Post

PGPF Kecam Kekerasan Israel Terhadap Flotila

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd