Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Golongan Muda, Warga Emas...

ALOR GAJAH - Warga emas dan golongan muda antara pengundi awal yang hadir...

Letupan Lombong: Mangsa Pertama...

KUALA TERENGGANU - Seorang warga Indonesia, mangsa letupan terowong lombong arang batu di...

Razif Mahu Pusat Pemindahan...

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman hari...

Bomba Usung Pelajar Saiz...

BALING – Seorang pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Polimas) yang dipercayai...

Cabaran Kim Swee Hadapi Sukan Asia Makin Besar

KUALA LUMPUR – Persiapan Skuad Bola Sepak Bawah 23 Tahun (B-23) Kebangsaan, di bawah kendalian Ketua Jurulatihnya Datuk Ong Kim Swee untuk menghadapi saingan Sukan Asia 2018 di Indonesia bermula 10 Ogos ini semakin mencabar setelah terpaksa melupakan khidmat dua pemain tonggak.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumkan Kim Swee terpaksa menggugurkan pemain PKNS FC, Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew yang mengalami kecederaan hamstring ketika sesi latihan petang semalam.

Seorang lagi pemain iaitu Hadi Fayyadh Abdul Razak dari pasukan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pula tidak dapat menyertai pasukan muda negara ke China untuk aksi persahabatan pada 5 Ogos ini kerana mendapat tawaran menjalani latihan percubaan bersama sebuah kelab di Jepun pada hari yang sama.

Kim Swee sebelum ini menggugurkan dua pemain Pahang, Matthew Davies dan Nor Azam Abdul Azih yang gagal melaporkan diri untuk sesi latihan pertama skuad B-23 kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Isnin lepas.

Sehari kemudian, pengendali kelahiran Melaka itu terpaksa menggugurkan dua pemain JDT iaitu Mohamed Syamer Kutty Abba dan pemain kuota lebih umur, Aidil Zafuan Abdul Radzak kerana disahkan doktor pasukan mengalami kecederaan.

FAM menyatakan skuad B-23 kebangsaan akan menghadapi satu aksi pemanas badan menentang skuad B-23 China di Changzhou, China pada 5 Ogos di Stadium Changzhou Olympic Sports Center.

Kim Swee dijangkakan menamakan senarai akhir 20 pemain ke Sukan Asia 2018 selepas perlawanan berkenaan.


Malaysia yang diundi dalam Kumpulan E akan memulakan kempen Sukan Asia 2018 berdepan Kyrgyzstan pada 10 Ogos, diikuti aksi bertemu Emiriah Arab Bersatu pada12 Ogos, Korea Selatan pada 17 Ogos, sebelum menamatkan aksi pusingan awal menentang Bahrain, selang tiga hari kemudian.

Senarai 22 pemain:

Muhammad Haziq Nadzli, Dominic Tan Jun Jin, Muhammad Safawi Rasid, Adam Nor Azlin, Muhammad Syafiq Ahmad (JDT); Muhammad Adib Zainuddin (JDT II); Baddrol Bakhtiar, Mohd Rizal Ghazali, Ifwat Akmal Chek Kassim, Muhd Akhyar Abdul Rashid (Kedah); Muhammad Irfan Zakaria, Syazwan Andik Ishak, Khatul Anuar Md Jalil (Kuala Lumpur)

Faisal Abdul Halim, R. Kogileswaran (Pahang); Rodney Celvin Akwensivie (PKNS FC); Muhamad Daniel Amier Norhisham (Felda United); Nik Akif Syahiran Nik Mat (Kelantan); N. Thanabalan (Negeri Sembilan); Muhamad Syazwan Zaipol Bahari (Perak); Tommy Mawat Bada (PJ Rangers FC); Muhammad Syahmi Safari (Selangor). – BERNAMA

Kategori