• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunggang Motosikal 2 Km Selepas Digigit Buaya

oleh Cj Mnh
20/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – “Saya nekad menunggang motosikal kira-kira dua kilometer (km) ke hospital dalam keadaan bermandi darah selepas digigit buaya,” kata Hamid Ismail yang nyaris maut selepas disambar buaya di Sungai Kampung Kurnia di sini, Jumaat lalu.

Menceritakan semula detik cemas itu, Hamid, 42, berkata ketika kejadian dia ke sungai berkenaan untuk turun ke laut kira-kira jam 4 pagi dan ketika mencedok air keluar daripada botnya seekor buaya secara tiba-tiba menyambar tangan kirinya.

“Ketika ditarik buaya ke dalam sungai, saya meronta sekuat hati untuk menyelamatkan diri namun ia lebih ganas dengan menggigit pipi, dada dan belakang badan saya.

“Tidak lama selepas itu saya berjaya menyelamatkan diri dan bergegas naik ke atas bot sebelum nekad menunggang motosikal sejauh dua km ke hospital (Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) ) dalam keadaan berlumuran darah.

“Sebaik tiba di hospital, saya terus ke kaunter kecemasan untuk meminta bantuan sebelum pengsan,” katanya ditemui NSTP di HTAA, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, mangsa yang tinggal seorang diri di Rumah Kedai, Kuala Pahang, Pekan tidak dapat bercakap dengan jelas dan lama kerana kecederaan teruk di mulut yang menerima lapan jahitan.

Dia hanya mampu mengangguk dan menggeleng kepala ketika ditanya empat pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang yang meluangkan masa dua jam mengambil keterangannya berhubung kejadian itu.

Malah, anggota berkenaan melakonkan semula detik-detik cemas dihadapi Hamid ketika diserang buaya bagi mendapatkan perincian berhubung kejadian terbabit.

Sementara itu, Pengarah PERHILITAN Pahang, Ahmad Azhar Mohammed, berkata anggotanya terpaksa melakonkan semula di depan mangsa bagi menceritakan keadaan sebenar yang berlaku berikutan nelayan itu sukar bercakap.

“Mangsa faham apa yang dilakonkan anggota PERHILITAN dan memang sah ia disambar buaya.

“Kita menolak spekulasi tular di laman media sosial mengatakan mangsa dipukul sekumpulan lelaki berdasarkan kesan luka pada badan nelayan berkenaan,” katanya.

Ahmad Azhar berkata, PERHILITAN sudah menubuhkan tabung bantuan serangan binatang buas di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantunya memandangkan mangsa tiada waris yang tinggal di Pahang. – BH Online

Tags: BuayaDigigit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

16/02/2026
0

  SIMEULUE, INDONESIA – Seorang wanita dilaporkan maut selepas diserang seekor buaya muara ketika sedang mencari lokan di kawasan muara...

Buaya Sesat Muncul Di Jalan Raya Marina, Miri

Buaya Sesat Muncul Di Jalan Raya Marina, Miri

02/11/2025
0

Buaya Sesat Muncul di Jalan Raya Marina, Miri   MIRI: Pengguna jalan raya di kawasan Marina Fasa 1 di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd