• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tubuh RCI Untuk ECRL, TSGP – Najib

oleh Cj Mnh
24/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan perlu menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengenal pasti sama ada tiga projek mega, iaitu Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan dua Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) wujud elemen salah laku.

Bekas Perdana Menteri berkata, rakyat berhak mengetahui sekiranya keputusan membatalkan projek berkenaan dibuat dengan alasan munasabah, bukan bersandarkan kepada kemarahan terhadap kerajaan terdahulu.

Ia juga bagi menentukan sama ada pembatalan itu disebabkan China enggan tunduk kepada kemahuan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, langkah terbaik ialah kerajaan mendedahkan semua perjanjian, kajian kebolehlaksanaan, impak ekonomi dan analisis manfaat kos bagi meneliti sama ada wujud asas yang baik untuk Malaysia meneruskan ketiga-tiga projek atau membatalkannya.

“Ini membolehkan rakyat menilai sendiri. Sehingga semua dokumen itu didedahkan, saya kecewa dan sedih bagi penduduk Pantai Timur kerana akan kehilangan pembangunan pemangkin kemajuan negeri mereka serta peluang meningkatkan taraf ekonomi seperti dinikmati penduduk di Pantai Barat,” katanya menerusi catatan di akaun Facebook rasminya, hari ini.

Najib juga mengemukakan penjelasan terhadap lima salah faham berkaitan projek ECRL dan TSGP yang didakwa berlaku kerana dikelirukan propaganda didalangi pihak tertentu.

Beliau berkata, pembiayaan projek itu kononnya sekadar RM30 bilion ialah perangkaan menerusi kajian pada 2009, membabitkan jarak 545 kilometer (km), sebelum ia dilanjutkan bagi memastikan projek terbabit lebih berkesan dan mengelak daripada pengambilan terlalu banyak tanah rakyat, sekali gus menjadikan jajaran rel kepada 620km.

Ditambah keperluan pembinaan terowong sepanjang 50km merentasi Banjaran Titiwangsa, ia adalah fasa pertama projek ini dan menelan belanja RM46 bilion pada 2016 berikutan kesan inflasi dan ringgit yang lemah.

“Jika projek ini dibina tujuh tahun selepas ini, ia akan menelan belanja lebih tinggi, contohnya, kos bagi projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) melonjak daripada RM27 bilion kepada RM50 bilion.

“Sambungan ke Pelabuhan Klang akan membuka jambatan darat bagi pelabuhan dari Pantai Timur ke Pantai Barat Semenanjung, sekali gus menjadi saingan dan pilihan lebih baik berbanding pelabuhan Singapura kerana tanpa rentasan ini, kapal memerlukan tambahan satu setengah hari untuk berlayar melalui Singapura,” katanya.

Berhubung dakwaan faedah dan pinjaman dari EXIM Bank China terlalu mahal, Najib yang juga bekas Menteri Kewangan menjelaskan, pakej pembiayaan dengan kadar 3.25 peratus bagi tempoh 20 tahun itu dilindungi daripada risiko perubahan kadar tukaran mata wang.

Terma pembiayaan itu, katanya, berbeza dengan pinjaman dari Jepun yang dibuat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga menyaksikan Malaysia terpaksa melunaskan bayaran berganda apabila nilai mata wang yen naik.

“Kita juga ada tempoh tujuh tahun (monotorium, iaitu keperluan menjelaskan faedah, namun pinjaman pokok tidak perlu dibayar) bagi permulaan, malah kadar 3.25 peratus adalah lebih rendah daripada kos bon jika Malaysia melakukan pinjaman,” katanya.

Mengulas kemampuan Malaysia melunaskan pinjaman RM4.5 bilion bagi tempoh 20 tahun, Najib berkata, kos keseluruhan bagi tiga projek bernilai RM90 bilion seperti diutarakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, masih mampu dibayar meskipun hasil negara kekal pada kadar RM23 bilion setahun.

Najib juga berkata, perjanjian projek berkenaan mempunyai klausa penamatan, berbanding konsesi Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) atau tol lebuh raya daripada zaman Dr Mahathir, sehingga menyaksikan kerajaan diterajui PH masih gagal memenuhi janji untuk memansuhkannya. – BH Online

Tags: Projek ECRLRCI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kebocoran Gas: JKKP Keluar Notis Larang Kerja, Aktiviti Pembinaan Di Tapak Projek ECRL Seksyen 5, Kerteh

Kebocoran Gas: JKKP Keluar Notis Larang Kerja, Aktiviti Pembinaan Di Tapak Projek ECRL Seksyen 5, Kerteh

21/09/2025
0

KUALA TERENGGANU: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengeluarkan notis larangan kerja di Tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)...

SUHAKAM Tuntut Penubuhan Segera RCI Siasat GISBH

SUHAKAM Tuntut Penubuhan Segera RCI Siasat GISBH

11/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menuntut penubuhan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat dakwaan pelanggaran hak asasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd