• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tukar KPD Kerana Gagal Tangani Judi Haram – KPN

oleh Cj Mnh
02/08/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan Bukit Aman menukarkan Ketua Polis Daerah (KPD) Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad dalam tempoh 24 jam, Sabtu lalu disebabkan kegagalannya menangani kegiatan judi haram di daerah itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, tindakan itu tidak akan terhenti di situ kerana beberapa orang ketua polis daerah lain akan dikenakan tindakan sama.

“Few more will follow (beberapa lagi akan mengikut jejak itu). Saya sudah bagi amaran mengenai perkara-perkara membabitkan isu judi, bukan sahaja di Gombak, malah diseluruh negara.

“Arahan demi arahan sudah dibuat membabitkan ketua polis negeri, KPD dan pegawai yang bertanggungjawab, sekiranya mereka tidak mematuhi… kita terpaksa mengambil tindakan tegas,” katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau sebelum itu menghadiri Seminar Polis Diraja Malaysia (PDRM) Mendepani Cabaran Dalam Kepolisan Moden di Maktab Polis Diraja Malaysia di sini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Tan Sri Razali Ismail.

Tegas Mohamad Fuzi lagi, tindakan yang diambil terhadap Ali dan empat lagi pegawai kanannya itu diharap menjadi pengajaran kepada pegawai kanan PDRM yang lain.

“Kita terpaksa mengambil satu tindakan tegas supaya mereka (pegawai kanan PDRM) yang berada di daerah-daerah lain tidak melakukan tindakan serupa.

“Kalau mereka masih membiarkan keadaan ini (kegiatan judi haram) berleluasa, maka kita akan mengambil tindakan yang serupa,” jelas beliau.

Beliau berkata, kegagalan melaksanakan tugas seperti yang diharapkan terutama dalam menangani isu kegiatan judi haram menjadi antara sebab pegawai kanannya dikenakan tindakan pertukaran itu.

Susulan itu, katanya beliau bersama Noor Rashid serta kepemimpinan tinggi PDRM yang lain akan mengadakan satu pertemuan khas dengan 157 KPD daripada seluruh negara Isnin ini khusus untuk membincangkan isu berkenaan.

Isnin lalu, Harian Metro melaporkan Ali dan empat lagi pegawai kanannya ditukarkan serta merta susulan serbuan diketuai Mohamad Fuzi di pusat judi di Rawang, Jumaat lalu.

Arahan pertukaran Ali disahkan menerusi satu siaran media dikeluarkan Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad pada jam 6.30 petang, Sabtu lalu.

Dalam kenyataan itu, Ali dipindahkan ke PULAPOL Air Hitam sebagai Komandan manakala bekas komandan PULAPOL itu, Asisten Komisioner Samsor Maarof dilantik sebagai KPD Gombak baharu.

Sumber pula memberitahu, selain KPD, Timbalan KPD, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Pegawai Risikan Operasi Daerah dan Ketua Balai Polis Rawang turut ditukar serta merta pada tarikh berkenaan. – BH Online

Tags: Judi HaramTindakan Tatatertib
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tindakan Tatatertib Akan Dikenakan Terhadap 10 Anggota Polis Ditahan SPRM Di Johor, Pahang

Tindakan Tatatertib Akan Dikenakan Terhadap 10 Anggota Polis Ditahan SPRM Di Johor, Pahang

01/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 10 anggota polis yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Johor dan Pahang, baru-baru ini bakal...

‘Call Centre’ Judi Haram Digempur

‘Call Centre’ Judi Haram Digempur

27/05/2023
0

Kuala Lumpur : Taktik sindiket perjudian dalam talian berselindung di sebalik sebuah kondominium mewah di Salak Selatan, Cheras di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd