• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Praktikal Tubuh Syarikat Air Johor Yang Baharu

oleh Cj Mnh
17/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Rancangan kerajaan negeri Johor untuk menubuhkan sebuah syarikat air yang baharu adalah satu langkah yang tidak praktikal dan tidak bernas, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata langkah itu bakal menyebabkan Johor mempunyai dua syarikat penyedia perkhidmatan air, melainkan kerajaan negeri dapat memastikan bahawa syarikat sedia ada iaitu SAJ-Ranhill tidak lagi akan wujud dan terus beroperasi.

“Bilakah sebenarnya Menteri Besar Johor (Datuk Osman Sapian) bercadang untuk menubuhkan syarikat baharu ini? Adakah sudah dikenal pasti akan segala keperluan dan cabaran operasinya dengan baik dan teliti?

“Kesemua ini harus dibentang dan dijelaskan oleh Menteri Besar Johor. Ini amat penting bagi mengelakkan beliau dilihat sebagai mengemukakan cadangan tersebut sekadar melepaskan batuk di tangga, tanpa ada kesungguhan dan niat yang ikhlas untuk menyelesaikan isu ini,” kata dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohamed Khaled juga berpendapat dengan harga saham SAJ-Ranhill yang kini jatuh dan sedang murah, ia sepatutnya menjadi peluang terbaik kerajaan negeri membeli saham bagi meningkatkan nilai pegangannya dalam syarikat itu.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Isnin lepas, Osman memberitahu beliau sedang memikirkan untuk menubuhkan syarikat air baharu untuk memastikan tarif air di negeri ini dapat dikawal kerana jika dibanding dengan negeri lain, tarif air Johor adalah yang tertinggi.

Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri tidak berniat untuk untuk membeli SAJ Ranhill kerana nilai sahamnya sudah jatuh, tambahan pula ia dimiliki sebuah syarikat besar lain yang belum menawarkan apa-apa kepada kerajaan negeri untuk membeli saham mereka.

Dalam SAJ-Ranhill, kerajaan negeri hanya mempunyai 20 peratus pegangan saham. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordinsyarikat air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa insiden letupan berlaku di kawasan operasi berhampiran Markas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL)...

Politeknik Ungku Omar Dinaik Taraf Sebagai Politeknik APEX

Politeknik Ungku Omar Dinaik Taraf Sebagai Politeknik APEX

04/12/2023
0

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menaik taraf Politeknik Ungku Omar (PUO) sebagai politeknik Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX)....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd