• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Niat Rahsia Masalah Jantung Anak – Hunny Madu

oleh
19/08/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pengacara, Hunny Madu, 33, tiada niat merahsiakan masalah jantung dialami anak keduanya yang baru berusia lapan bulan, sebaliknya mengakui ketika itu belum mempunyai kekuatan untuk berbuat demikian.

Katanya, hanya selepas Adam Musa menjalani prosedur dikenali sebagai PDA Stent buat kali kedua di Institut Jantung Negara (IJN), bulan lalu, baru dia bersedia berkongsi perkara itu menerusi laman Instagramnya,

“Doktor mengesahkan Adam menghidap penyakit jantung kompleks dipanggil Double Inlet Left Ventricle pada hari kedua kelahirannya.

“Dalam keadaan masih lemah selepas melahirkan, sudah tentu berita berkenaan membuatkan emosi saya bercelaru, tambahan pula dia dipindahkan ke sebuah hospital lain untuk pemeriksaan sebelum kesnya dirujuk ke IJN.

Hunny Madu

“Keadaan ini hanya saya kongsi dengan keluarga dan beberapa rakan rapat, namun saya rasa seperti tidak bersikap jujur kerana seakan-akan menyembunyikan satu rahsia besar,” katanya kepada BH Online.

Jelas Hunny, bukan dirinya berasa malu, jauh sekali menyalahkan takdir, tetapi pada waktu itu dirinya tidak cukup kuat.

“Alhamdulillah, berkat doa dan sokongan ramai, saya kembali tabah selepas melihat semangat si kecil ini,” katanya.

Adam Musa yang dilahirkan pada Disember tahun lalu ialah cahaya mata kedua pemilik nama sebenar Hani Farhana Mohd Hatim itu dengan Khairul Azhar Abdul Wahid.

Rumah tangga yang dibina pada 2010 itu lebih dulu diserikan kehadiran anak perempuan, Eva Medina, yang kini mencecah usia enam tahun.

Hunny sebelum ini muncul dengan single solo, Hello, disusuli dendangan duet bersama Kayda Aziz, Go Hard Or Gostan, serta Gucci Dowh, selain tampil bersama lagu, Get Money, kolaborasinya bersama penyanyi rap Amerika Syarikat (AS), Radio 3000.

Dia, yang kini dalam rangka promosi lagu dan video muzik baharu berjudul TYVM (Thank You Very Much) memaklumkan, dirinya masih ligat memenuhi undangan pentas, mengacarakan program serta majlis.

“Ketika saya bekerja, ada anggota keluarga, terutama emak dan suami, yang menjaga Adam Musa. Jika tidak memerlukan saya keluar daerah atau mengambil masa berhari-hari saya akan laksanakan tanggungjawab itu.

“Hidup perlu diteruskan kerana kami mahu yang terbaik untuknya. Selepas ini, ketika usianya melepasi setahun, dia perlu menjalani pembedahan utama.

“Doakan semoga permata hati kami terus kuat. Buat masa ini, Adam Musa bergantung kepada ubat yang mencairkan darah. Dia bagaimanapun aktif macam bayi lain, cuma kami tidak membawanya keluar, bimbang mudah terkena jangkitan penyakit lain,” katanya.

Tegas wanita ini, apa yang dikongsi itu pula bukanlah untuk meraih simpati.

“Kami hanya ingin orang ramai mendoakan kesihatan Adam Musa supaya dia dapat membesar seperti kanak-kanak lain,” katanya. – BH Online

Tags: Hunny Madu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Semangat Adam Buat Saya Berani’

17/07/2018
0

PENYANYI dan pengacara, Hunny Madu mengakui baru mendapat keberanian untuk mendedahkan keadaan anaknya, Adam Musa berusia tujuh bulan yang mengalami...

Hunny Madu Bakal Timang Anak Kedua

28/08/2017
0

PENYANYI dan pengacara radio popular, Hunny Madu, 33, mengakui sedang berbadan dua. Bagaimanapun, katanya, ramai yang tidak perasan perubahan fizikalnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd