Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan 2 Lelaki...

KUANTAN - Polis menahan dua orang buruh, masing-masing mempunyai lapan rekod jenayah lampau...

NGO Didalangi Pembangkang Mahu...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat menegaskan usaha menjatuhkan...

Fattah Amin, Nur Sajat...

KATA orang kalau nak berjaya, mesti kena banyak berusaha. Bila dah berusaha, barulah...

Muhyiddin Dilantik Pengerusi Lembaga...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan pelantikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin...

Pelancong Asing Wajib Isi Kad Ketibaan Digital Malaysia

SEPANG: Pelancong asing yang memasuki negara ini diberi kelonggaran untuk mengisi Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC) sehingga 31 Disember ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata mereka sepatutnya mengisi MDAC dua atau tiga hari sebelum tiba ke Malaysia namun, kelonggaran itu diberikan ekoran kad itu masih baru dilaksanakan.

Menurutnya, pelancong asing mesti mengisi MDAC sebelum ketibaan selepas 1 Januari.

Katanya, maklumat dalam kad ketibaan digital ini membantu memberi maklumat penting keberadaan mereka di negara ini.

“Ini adalah langkah penting untuk kita mengetahui tentang keberadaan mereka sepanjang berada di sini. Namun, pada masa yang sama ia penting untuk kita juga,” katanya pada sidang media selepas mengadakan tinjauan proses Pelan Liberalisasi Visa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Ruslin Jusoh.

Pengecualian visa selama 30 hari untuk pelancong dari China dan India meliputi tempoh dari 1 Disember 2023 hingga 31 Disember 2024.


Pada masa ini, Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iraq dan Iran, serta semua negara Asia Barat, termasuk Turkiye dan Jordan, menikmati kemudahan pengecualian visa.

Saifuddin meninjauan pembukaan 14 kaunter Imigresen bagi pemeriksaan pasport menjadikan jumlah keseluruhan 60 kauter dan beroperasi 24 jam.

Saifuddin berkata, penggunaan sistem baharu MDAC ini bertujuan bagi melonjakkan sektor pelancongan supaya tidak dirumitkan melalui proses visa.

Menurutnya, MDAC selaras dengan pelaksanaan pelan liberalisasi visa yang menjadi permulaan kepada program Tahun Melawat Malaysia 2026.

Katanya, pelan liberalisasi visa bertujuan meningkatkan sektor pelancongan.

“Pelaksanaan MDAC pula menjadi elemen kawalan berguna bagi kami untuk mengetahui pergerakan mereka dan merupakan sebahagian daripada lima inisiatif utama untuk menambah baik perkhidmatan Jabatan Imigresen,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori