• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teruskan Agenda BN Bukti PH Iktiraf Najib

oleh
02/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IKTIRAF… Tan Sri Annuar Musa mendedahkan langkah kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan (PH) meneruskan agenda Barisan Nasional (BN) adalah pengiktirafan kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Jelas Setiausaha Agung UMNO yang juga Ahli Parlimen Ketereh, ia sekali gus membuktikan hanya di bawah teraju pentadbiran Najib sebelum ini telah berlaku lonjakan semula pemilikan ekuiti dalam kalangan Bumiputera.

“Saya percaya menteri (hal ehwal ekonomi, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali) juga tahu bahawa soal meningkatkan ekuiti Bumiputera ini nampaknya satu perkara yang cukup mencabar.

“Ini kerana kita dapati di awal pelaksanaan program-program ekonomi dulu misalnya pada tahun 1970, waktu itu pemilikan ekuiti Bumiputera hanya pada tahap 2.4 peratus sahaja.

“Tapi dalam 10-15 tahun berikutnya, kita dapat meningkatkan dengan banyak dengan adanya dasar-dasar yang diperkenalkan iaitu pada tahun 1983 pada kadar 18.7 peratus daripada 2.4 peratus.

“Kemudian daripada 1983 sampai hampir 20 tahun di bawah Ahli Parlimen Langkawi (Tun Dr Mahathir) waktu itu, kita dapati peningkatan ekuiti Bumiputera tidak meningkat.

“Pada tahun 1983, 18.7 peratus, di akhir pentadbiran Langkawi yang memperkenalkan pelbagai dasar pada waktu itu, ekuiti Bumiputera masih direkodkan pada tahap 18.7 peratus,” ujar beliau.

Annuar membongkar perkara tersebut ketika mencelah penggulungan titah di-Raja Yang di-Pertuan Agong oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi oleh Mohamed Azmin di Dewan Rakyat, semalam.

Tambah Annuar, pentadbiran BN dari tahun 2009 sehingga awal 2018 telah terbukti berjaya tingkat pemilikan ekuiti Bumiputera dan pencapaian ini jauh berbeza ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri. – Mynewshub.TV

Tags: Annuar Musa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd