• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tertuduh Ke-7 Nafi Jadi Dalang Dalam Kes Bunuh Kevin Morais

oleh Ahmad Albab
30/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tertuduh ketujuh dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais menafikan bahawa dia adalah dalang dalam semua kejadian yang menimpa Kevin Morais, yang mayatnya ditemui disumbat di dalam guni dan disimen dalam tong dram, tiga tahun lalu.

S. Ravi Chandaran, 47, juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam Jay Moy Wei Jiun, bahawa semua ceritanya (keterangan) mengenai apa yang berlaku sepanjang 4 Sept 2015, iaitu hari Kevin Morais diculik, tidak masuk akal.

Saksi pembelaan keenam itu menjelaskan dia hanya mengikut apa sahaja arahan yang diberikan G.Gunasekaran atau lebih dikenali sebagai Jay, bekas tertuduh kedua dalam kes itu.

“Saya tidak faham apa maksud tidak masuk akal, tetapi saya hanya mengikut arahan Jay,” katanya ketika pemeriksaan balas Moy yang mewakili tertuduh pertama, pakar patologi tentera, Kolonel Dr R. Kunaseegaran pada prosiding bela diri hari Ke-22 di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Ravi Chandaran juga mengakui sebelum ditangkap dalam kes itu, dia bekerja sebagai pemberi pinjaman wang dan Jay sering mengikutinya malah turut mendengar arahannya untuk membuat kerja tersebut.

Tertuduh berkata Jay juga menjadi pemandunya setiap kali dia datang ke Kuala Lumpur kerana dia meminjamkan keretanya kepada Jay kira-kira lapan bulan sebelum kejadian tersebut namun tidak bersetuju bahawa Jay akan membawanya ke mana sahaja yang diminta.

“Dia bukan pekerja saya, saya tidak boleh paksa dia bawa saya ke sesuatu tempat,” katanya.

R. Dinishwaran, A.K Thinesh Kumar, M. Vishwanath; Nimalan, Ravi Chandaran, dan Dr Kunaseegaran, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh Kevin Morais di dalam perjalanan dari Jalan Dutamas 1, Sentul ke No.1 Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya, antara jam 7 pagi dan 8 malam, 4 September 2015 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dinishwaran, 26, Thinesh Kumar, 25, Vishwanath; 28, Nimalan, 25, dan Ravi Chandaran, diwakili peguam Rajehgopal manakala Dr Kunaseegaran, 55, turut diwakili Datuk N.Sivananthan dan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 26 September. – BERNAMA

Tags: Kes Bunuh Kevin Moraismahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd