• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Rekod 772 Kes HFMD Setakat 13 Ogos

oleh Ahmad Albab
16/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Terengganu terus merekodkan peningkatan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) iaitu sebanyak 772 kes setakat Isnin (13 Ogos) sejak kes pertama mula dikesan pada 24 Jun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr Alias Razak berkata ia meningkat 274.8 peratus berbanding 206 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

“Daripada 772 kes ini, daerah Kuala Terengganu mencatatkan kes tertinggi iaitu 200 kes diikuti Marang (124 kes), Dungun (108), Setiu (96), Kuala Nerus (88), Besut (72), Hulu Terengganu (52) dan Kemaman (32).

“Sepanjang tempoh itu juga, 15 wabak HFMD dilaporkan di Terengganu iaitu lima di Kuala Terengganu, Setiu (dua), Marang (empat), Kuala Nerus (dua) dan masing-masing satu di Hulu Terengganu dan Besut,” katanya kepada Bernama hari ini.

Penyakit HFMD paling banyak dikesan di kalangan kanak-kanak berumur lingkungan satu hingga enam tahun iaitu 679 kes diikuti bawah umur setahun (64), tujuh hingga 12 tahun (27 kes) dan masing-masing satu untuk kategori umur 13 hingga 18 tahun dan 18 tahun ke atas.

​​Dr Alias berkata kes HFMD dikesan paling banyak berlaku di rumah persendirian iaitu 422 kes diikuti kanak-kanak yang tinggal di taska (128), rumah pengasuh (112 kes), tadika (41), prasekolah (24), sekolah rendah (24), Tadika PASTI (17), tabika (tiga) dan madrasah (satu).

“Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah melakukan pelbagai aktiviti untuk mencegah penyakit ini daripada terus merebak, termasuk melakukan pemeriksaan di premis seperti rumah kediaman, taska, tadika, tabika serta sekolah rendah dan setakat ini semua premis yang diarah tutup sebelum ini sudah pun beroperasi seperti biasa.

“Jabatan turut menjalankan aktiviti disinfeksi di premis-premis tersebut selain mengambil 20 sampel untuk dianalisis dan memberikan pendidikan kesihatan dengan mengedarkan risalah, ceramah dan nasihat kepada keluarga pesakit ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kes HFMDTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd