• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tentera Israel Tawan Kapal Al-Awda Umpama Lanun

oleh
01/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – “Kami datang secara aman dengan membawa ubat-ubatan yang sangat kritikal keperluannya di Gaza, malangnya ia gagal disampaikan kepada rakyat Gaza kerana Israel bertindak seperti lanun di Laut Mediterranean,” kata wakil tunggal sukarelawan Malaysia dalam misi itu.

Pengalaman itu diceritakan Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh yang menyertai misi penghantaran ubat-ubatan dan barangan keperluan kepada rakyat Gaza melalui flotila ‘Right to A Just Future for Palestine’ yang ditahan tentera Israel baru-baru ini.

Beliau bersama beberapa rakan yang lain ditahan di Penjara Givon ketika dalam perjalanan menghantar bekalan tersebut kepada penduduk Palestin yang kini terkepung di Gaza angkara rejim zionis Israel.

“Kami tidak sesekali akan takut atau patah semangat untuk terus membantu rakyat Gaza selepas ini, malah misi ini juga tidak gagal kerana kami berjaya menyampaikan mesej kepada seluruh dunia bahawa sekatan Israel terhadap Gaza itu sangat kejam dan perlu dihentikan segera,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud di sini hari ini.

Beliau berkata peserta misi itu kebanyakannya adalah orang bukan Islam dan ini membuktikan penderitaan rakyat Gaza sentiasa mendapat perhatian orang ramai di seluruh dunia.

“Penangkapan peserta misi ini juga mendapat tekanan antarabangsa, Alhamdulillah, tidak berlaku sebarang kekasaran terhadap kami seperti mana yang berlaku terhadap flotila sebelum ini (Mavi Marmara). Saya yakin ini juga berkat doa rakyat Malaysia yang tidak henti-henti mendoakan keselamatan saya dan peserta yang lain,” katanya.

Lebih 100 sahabat handai dan saudara mara Mohd Afandi berada di lapangan terbang bagi menyambut ketibaan Timbalan Dekan Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu.

Mohd Afandi berkata semangat juang yang tinggi dalam kalangan masyarakat bukan Islam terhadap misi itu sangat menyentuh perasaannya kerana kezaliman di Gaza bukan lagi sekadar isu agama malah ia melibatkan isu kemanusiaan.

Selain menahan aktivis dalam kapal berkenaan, tentera Israel turut menggunakan kekerasan termasuk menggunakan perenjat elektrik terhadap kapten kapal warga Norway yang cuba meneruskan pelayaran meskipun dikepung tentera zionis Israel.

Kapal flotila Al-Awda yang belayar menggunakan bendera Norway yang membawa 22 aktivis dari 16 negara termasuk penyokong hak asasi manusia, wartawan dan kru itu turut membawa kargo ubat-ubatan bernilai Euro 13,000 (RM61,554) untuk diserahkan kepada penduduk Gaza melalui program #Gauze4Gaza.

Bagaimanapun, kapal berkenaan ditawan tentera Israel pada 29 Julai, iaitu hari kesembilan pelayaran dan kesemua sukarelawan ditahan dalam penjara Givon di Israel. – BERNAMA

Tags: flotila
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Flotila Terbesar Dalam Sejarah Ke Gaza Sedang Dirancang, Dijangka Belayar Awal 2026

Flotila Terbesar Dalam Sejarah Ke Gaza Sedang Dirancang, Dijangka Belayar Awal 2026

12/12/2025
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Gerakan Thousand Madleens to Gaza mengumumkan persediaan bagi melancarkan satu lagi flotila antarabangsa menuju ke...

PGPF Kecam Kekerasan Israel Terhadap Flotila

02/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) pada Rabu mengecam tindakan Israel ke atas sukarelawan kapal flotila Al Awda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd