• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tan Chee Teong Calon MCA Bagi PRK Balakong

oleh
14/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – MCA mengumumkan anggota jawatankuasa parti bahagian Bangi, Tan Chee Teong sebagai calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, 8 Sept ini.

Ia diumumkan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong di Wisma MCA, di sini, hari ini.

“Walaupun beliau (Tan) tidak memegang jawatan tinggi dalam MCA, namun beliau merupakan calon paling sesuai kerana merupakan anak kelahiran Balakong dan menjadi aktivis daripada peringkat akar umbi.

“Jadi MCA menampilkan seorang yang bertenaga, berwibawa, mengetahui semua masalah yang berlaku dalam kawasan serta tidak pernah lari daripada tanggungjawabnya,” katanya berhubung calon berusia 40 tahun itu.

MCA akan menggunakan lambang partinya sendiri pada PRK itu.

Kerusi DUN Balakong kosong susulan kematian penyandangnya, Eddie Ng dalam nahas jalan raya pada 20 Julai lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Ng yang mewakili DAP menewaskan dua pesaingnya iaitu calon Barisan Nasional Lim Chin Wah dan calon PAS Mohamad Ibrahim Ghazali dengan majoriti 35,538 undi. – BERNAMA

Tags: PRK Balakong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK DUN Balakong Catat Peratusan Undi Terendah

08/09/2018
0

PETALING JAYA - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong mencatatkan peratusan keluar mengundi terendah dalam sejarah PRK...

Pakatan Harapan Menang PRK Balakong

08/09/2018
0

BANGI - Pakatan Harapan (PH) yang julung kali bertanding atas lambang sendiri pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd