• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK DUN Balakong Catat Peratusan Undi Terendah

oleh
08/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong mencatatkan peratusan keluar mengundi terendah dalam sejarah PRK negara setakat ini iaitu hanya 43 peratus, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Othman Mahmood.

Beliau berkata bagi PRK DUN Seri Setia pula peratusan keluar mengundi ialah 44.1 peratus.

“Sebelum ini, peratusan keluar mengundi paling rendah dicatat ialah ketika PRK DUN Penanti di Pulau Pinang (pada 31 Mei 2009) iaitu sebanyak 46 peratus.

“Pada dua PRK hari ini memperlihatkan DUN Balakong mencatatkan peratusan paling rendah dalam sejarah PRK,” katanya kepada pemberita di pusat penjumlahan undi di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini, malam ini.

Katanya walaupun SPR giat membuat hebahan meminta pengundi keluar mengundi, cara itu dilihat tidak berkesan.

“Sebenarnya kita pilih tarikh mengundi hari ini sebab kita mahu pengundi yang duduk di luar kawasan DUN Seri Setia dan Balakong pulang ke kawasan masing-masing untuk mengundi.

“Ada empat hari cuti mingguan dan awam (Sabtu sehingga Selasa) yang mana sepatutnya pengundi boleh luangkan masa hari ini untuk mengundi sebelum mereka bercuti ke mana-mana… tetapi jumlah yang keluar mengundi masih rendah,” katanya.

Othman berkata sikap pengundi sendiri yang tidak minat untuk keluar mengundi selain berpendapat undi mereka tidak akan mengubah senario politik negara, mungkin antara faktor peratusan keluar mengundi bagi kedua-dua DUN itu rendah.

Bagaimanapun pihaknya berpuas hati dengan perjalanan kedua-dua pilihan raya kecil itu kerana tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku.

PRK DUN Seri Setia dan PRK DUN Balakong masing-masing menyaksikan pertandingan satu lawan satu melibatkan calon Pakatan Harapan (PH) Halimey Abu Bakar menentang calon PAS Dr Halimah Ali di Seri Setia dan calon PH Wong Siew Ki berdepan calon MCA Tan Chee Teong di Balakong.

Dalam keputusan PRK DUN Seri Setia, Halimey memperoleh 13,725 undi sementara calon PAS Dr Halimah meraih 9,698 undi. Di Balakong pula, calon PH Wong Siew Ki menerima 22,508 undi menewaskan calon MCA Tan Chee Teong yang hanya mendapat 3,975 undi.

PRK DUN Seri Setia diadakan susulan kematian penyandangnya Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos akibat kanser usus manakala PRK DUN Balakong diadakan berikutan kematian penyandangnya Eddie Ng Tien Chee dalam kemalangan jalan raya pada 20 Julai lepas. – BERNAMA

Tags: PRK Balakong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pakatan Harapan Menang PRK Balakong

08/09/2018
0

BANGI - Pakatan Harapan (PH) yang julung kali bertanding atas lambang sendiri pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Pusat Pengundian PRK Balakong, Seri Setia Ditutup 5.30 Petang

08/09/2018
0

BALAKONG – Semua pusat pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dan Seri Setia ditutup secara rasmi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd