Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

AS Kerah 6 Pesawat...

WASHINGTON - Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) mengerah enam pesawat pengebom, B-52 ke...

Mark Zuckerberg Terima Ijazah...

WASHINGTON - Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, menerima Ijazah Doktor Kehormat (Undang-Undang) daripada Universiti...

Tak Sesuai Banding Negara...

PUTRAJAYA - Hujah pelaksanaan pilihan raya di Singapura dan New Zealand ketika pandemik...

Isa, Isteri Lebih 4...

PUTRAJAYA - Tan Sri Isa Samad dan isteri, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd....

Takut Hilang Sokongan, PM Australia ‘U-turn’ Isu Alam Sekitar

EKORAN tentangan dari dalam parti sendiri, Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull membatalkan rancangan menangani perubahan iklim menghadkan pelepasan karbon.

Pusingan-U perdana menteri Australia ini mengubah satu dasar utama beliau berhubung alam sekitar demi menangani tentangan dari dalam kerajaannya sendiri.

Tindakan Turnbull ini berlaku pada masa media melaporkan beliau mungkin berhadapan cabaran terhadap kepimpinannya jika isu itu tidak diselesaikan.

Menurut Turnbull dasar menangani perubahan iklim itu tidak disokong oleh anggota kerajaan lain.

“Dalam politik, kita perlu fokus pada apa yang kita boleh tunaikan” kata Turnbull kepada media hari ini.

Komitmen asal kerajaan itu meletakkan sasaran untuk meluluskan undang-undang pengurangan 26 peratus pelepasan karbon kadar tahun 2005 menjelang 2030.

Australia bagaimanapun mampu mencapai komitmen perjanjian perubahan iklim Paris walaupun dasar ini berubah.


Turnbull berkata beliau mengekalkan sokongan rakan parti termasuk Menteri Dalam Negeri Peter Dutton yang dilapor bakal mencabar Turnbull sebelum ini.

Dutton menulis di Twitter pada Sabtu lalu yang beliau menyokong Turnbull.

Turnbull melakukan perubahan ini ekoran tinjauan pendapat yang mendapati populariti beliau merosot dan merasakan kedudukannya akan dicabar.

Bagaimanapun, Turnbull kini dianggap semakin lemah dan mungkin akan menghadapi cabaran tidak lama lagi. – Agensi

Kategori