• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Cedok Idea Artis Luar, Faizal Tahir Padam Foto Hanya Gimik

oleh Ahmad Albab
30/08/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI popular Faizal Tahir memberitahu tindakannya sekadar berkongsi foto berkaitan single baharunya berjudul Ragaman dengan ‘menyembunyikan’ gambar-gambar lain hanyalah sekadar gimik.

Faizal berkata, dia mahu orang ramai yang melayari laman sosial Instagram miliknya itu memberi fokus terhadap lagu berkenaan semata-mata berbanding perkara lain.

“Saya archive semua foto peribadi di Instagram dan meninggalkan foto berkaitan Ragaman adalah supaya orang menyedari dan beri tumpuan kepada lagu baru itu.

“Ia hanya satu gimik dan strategi pemasaran sahaja,” ujarnya kepada mStar Online.

Gambar dalam Instagram yang disimpan di arkib foto media sosial itu hanya membolehkan pemilik akaun sahaja menyaksikannya sementara orang lain tidak dapat melihatnya.

Faizal ditemui pada sidang media pelancaran single terbaharunya berjudul Ragaman yang diadakan di pejabat Warner Music, pada Rabu.

Dalam pada itu, Faizal berkata, dia tidak meniru gimik selebriti antarabangsa yang sering menggunakan kaedah itu setiap kali muncul dengan produk baharu.

“Saya tidak terfikir pun untuk sengaja mengikut cara mana-mana selebriti tapi saya fikir ia sesuatu yang logik. Bila orang masuk ke akaun kita mereka akan tahu tentang perkara itu dahulu,” ujarnya.

Sebelum ini, penyanyi Taylor Swift dan Milry Cyrus mengejutkan laman sosial apabila memadam semua foto di IG sebelum melancarkan album baharu.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Sejati itu berkata, dia akan kembali berkongsi gambar-gambar tersebut semula tidak lama lagi.

“Jangan risau sekejap sahaja nanti saya akan kembalikan semula gambar-gambar tersebut,” ujarnya.

Dalam pda itu, bercakap tentang lagu berkenaan, Ragaman yang membawa maksud ragam itu merupakan ciptaan yang berbeza daripada sebelum ini.

Lagu bergenre reggae itu mendapat inspirasi daripada filem Madu Tiga ciptaan P Ramlee.

“Pada usia yang menjangkau 40 tahun ini saya cuba sesuatu yang berbeza dan segar. Saya juga rasa muda bila menyanyikan lagu ini,” ujarnya. – mStar Online

Tags: Faizal Tahirpenyanyi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd