Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Gaza Semakin Terhimpit, Israel...

BAITULMAQDIS - Israel mengetatkan sekatan di Semenanjung Gaza semalam sebahagiannya ekoran layang-layang bawa...

AirAsia Menang Anugerah Dunia...

PARIS - Kumpulan AirAsia sekali lagi dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik...

Ikan Sardin Bukan Lagi...

KUALA LUMPUR - "Kalau susah-susah masak saja ikan sardin".Ramai yang mungkin tidak asing...

Terus Bersuara Untuk Rakyat...

MELAKA - Bekas Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Goh Leong San...

Suspek, Mangsa Tiada Hubungan Istimewa

SIBU – Pemandu lori, Phillip Uja, 42, yang juga suspek utama kes pembunuhan penjawat awam, Nurnia Azalea Priscilla Edward, 26, tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan mangsa seperti yang viral di laman sosial, sebaliknya pernah menjalinkan hubungan dengan rakan serumah mangsa sebelum ini

Ini didedahkan seorang jiran mangsa yang enggan namanya disiarkan sambil menyatakan suspek adalah bekas teman lelaki kepada seorang wanita lain yang menyewa bilik bersebelahan bilik sewa mangsa.

“Dia sering ke rumah berkenaan untuk bertemu teman wanitanya sebelum ini. Saya pernah melihatnya datang ke rumah berkenaan menaiki motosikal, namun meletakkan kenderaan di kawasan agak jauh sebelum berjalan kaki untuk bertemu wanita berkenaan. Difahamkan, mangsa pernah menegur suspek kerana bebas keluar masuk rumah berkenaan dan menimbulkan rasa tidak selesa kepada penyewa lain.

“Mungkin perkara itu menimbulkan rasa kurang senang kepada suspek hingga bertindak di luar batasannya,” katanya.

Perkara itu sekali gus merujuk kepada pengesahan polis bahawa tiada kesan pecah masuk ke rumah berkenaan pada hari mayat mangsa ditemui, sejurus pemeriksaan dilakukan di pintu masuk utama rumah berkenaan.

Malah, suspek sebelum ini turut dibawa meninjau ke rumah berkenaan, termasuk melakonkan semula adegannya memasuki premis berkenaan dan membunuh mangsa.

Dalam kejadian 2 Ogos lalu, Nurnia Azalea yang juga kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), ditemui mati dengan keadaan tangan dan kakinya diikat di bilik sewanya di sebuah rumah di Jalan Tiong Hua 1, di sini kira-kira jam 3.45 petang oleh rakan sekerjanya.


Difahamkan, rakan sekerjanya itu bergegas ke rumah berkenaan selepas mangsa gagal melapor diri untuk syif tugasannya pada hari kejadian, selain diminta oleh suami wanita itu yang bertugas di Tatau, Bintulu, untuk memeriksa keadaannya selepas gagal dihubungi sejak malam sebelumnya.

Sementara itu, Ketua Polis Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit, ketika dihubungi, mengesahkan perkara berkenaan dan secara kebetulan, mangsa dan suspek berasal dari Kanowit.

“Hasil siasatan mendapati suspek datang ke rumah berkenaan untuk mencari bekas teman wanitanya. Kita sedang mengenalpasti motif sebenar pembunuhan ini. Kita berharap penjelasan ini dapat mengelak sebarang spekulasi mengenai kes ini, terutama di laman sosial hingga boleh menganggu proses siasatan,” katanya.

Suspek kini masih dalam tempoh reman sehingga Rabu ini untuk siasatan lanjut. – BH Online

Kategori