• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sumareh Kekal Di Kuota Import Sehingga 2023

oleh
01/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pahang terpaksa menunggu sehingga 2023 sekiranya mempunyai hasrat untuk mendaftarkan pemain tengahnya, Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam berkata mengikut kriteria MFL yang ditetapkan pada 2017, seseorang pemain yang tiada susur galur dengan Malaysia, harus memegang kerakyatan selama lima tahun sebelum boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan.

“Beliau telah mendapat kewarganegaraan pada awal musim ini lagi, tetapi kena kekal sebagai pemain import kerana mengikut peraturan yang dibuat pada musim lepas, pemain bukan berdarah campuran perlu pegang kerakyatan selama lima tahun. Jadi sudah tentu Sumareh belum mencapai lima tahun.

Ini bagi memastikan masa depan pemain tempatan terjamin. Apabila kita buka peluang kepada pemain berdarah campuran, mungkin hanya ada dalam 50 hingga 100 orang, tetapi kalau buka kepada semua, akan wujud beribu-ribu orang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Undian Piala Cabaran 2018 di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan bahawa pemain berusia 23 tahun kelahiran Gambia itu, telah mendapat kerakyatan pada April lepas.

Bagaimanapun, Kevin berkata sekiranya terdapat permintaan atau rayuan, sekretariat MFL akan membawa isu itu untuk Lembaga Pengarah MFL mengambil keputusan.

“Sekretariat tidak boleh mengambil keputusan, hanya lembaga boleh mengambil keputusan. Jika ada permintaan atau rayuan, sudah pasti perkara itu akan ke lembaga untuk buat keputusan dari segi permainan dalam liga tempatan, tetapi untuk pasukan kebangsaan, ia bukan di bawah bidang kuasa kita,” katanya.

Sebagai rekod, bermula musim 2018, setiap pasukan yang beraksi di Liga Super boleh mendaftarkan sehingga lima pemain import, termasuk satu kuota Asia dan satu kuota ASEAN, manakala bagi saingan Liga Premier, tiga pemain import serta seorang pemain kuota Asia dibenarkan. – BERNAMA

Tags: Mohamadou Sumareh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tak Tahu Arahan Henti Langganan Akhbar Utusan

Next Post

Tentera Israel Tawan Kapal Al-Awda Umpama Lanun

Related Posts

Kereta Mewah, Kelab Mewah

10/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Teka-teki mengenai masa depan pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh akhirnya terjawab apabila dia diumumkan secara rasmi sebagai...

Sumareh Sah Kini Berstatus Pemain Tempatan

15/01/2019
0

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meluluskan permohonan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) untuk mendaftarkan pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan...

Next Post

Tentera Israel Tawan Kapal Al-Awda Umpama Lanun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd