• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Siti Kasim Bising, Enggan Berdialog’

oleh Ahmad Albab
10/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, sekali lagi mengajak peguam kontroversi, Siti Kasim untuk berdialog secara terbuka berhubung isu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Beliau berkata, Siti Kasim hanya membuat ‘bising’ dalam isu LBGT, seolah-olah sokongan daripada aktivis hak asasi manusia itu dan golongan LGBT sahaja yang menyebabkan kerajaan hari ini dapat memerintah.

“Dahulu Puan Siti Kasim kita jemput untuk satu majlis dialog terbuka mengenai isu Islam di Malaysia.

“Beliau enggan hadir sedangkan ia satu dialog yang adil selaras dengan semangat Malaysia baharu yang ingin menjadikan dialog matang sebagai pentas penyuburan pemikiran rakyat.

“Hari ini beliau bising lagi pasal LGBT, seakan-akan undi beliau dan golongan LGBT sahaja yang menyebabkan kerajaan hari ini memerintah,” katanya kenyataan yang dimuatnaik di laman Facebook DrMAZA.com, hari ini.

Mohd Asri berkata, bahasa yang digunakan Siti Kasim sangat tidak matang jika mahu diukur dari nilai budaya masyarakat timur dan nusantara yang santun dan berbudi bahasa.

Beliau bimbang jika watak dipertontonkan oleh Siti Kasim dilihat oleh kanak-kanak.

“Sekali lagi, saya mencadangkan supaya Siti Kasim dibawa ke pentas dialog terbuka isu LGBT ini dan saya harap ada pihak yang boleh menganjurkan dialog itu.

“Saya percaya terdapat ramai tokoh ataupun aktivis masyarakat yang boleh dipilih untuk mewakili suara majoriti rakyat yang tidak menerima LGBT. Mungkin Ustaz Salman Ali juga masih bersedia untuk dialog berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya tiada penganjur, pihaknya sedia menjemput Siti Kasim untuk dialog yang akan diadakan secara terbuka dan adil di Perlis. – BH ONLINE

Tags: Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidinsiti kasim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

Apakah Trump Dan Netanyahu Pemimpin Ahli Sunnah Wal Jamaah? – Mufti Perlis 

Apakah Trump Dan Netanyahu Pemimpin Ahli Sunnah Wal Jamaah? – Mufti Perlis 

07/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menegur sikap segelintir mereka yang berpegang kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd