• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seperti Ditendang Dari Bawah

oleh Ahmad Albab
12/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

“SEPANJANG hampir 100 tahun hidup, ini bencana alam terburuk pernah saya alami,” kata warga emas hanya dikenali sebagai Salmah, 98, yang ditemui di Desa Gumantar, Kayangan, Lombok Utara.

Salmah yang juga antara penduduk tertua di Lombok berkata, sepanjang hayatnya dia pernah berdepan lebih daripada 10 kejadian gempa bumi.

“Namun, tidak ada satu pun yang mengatasi bencana beberapa kali berlaku sejak Ahad lalu (minggu lalu) yang berukuran tujuh magnitud.

“Sebelum ini, goncangannya tidak terlalu kuat, hanya tanah bergoncang kanan dan kiri tapi yang baru-baru ini, terasa seperti ditendang dari bawah.

“Rumah saya yang berusia lebih 50 tahun turut hilang sekelip mata,” kata bapa kepada empat cahaya mata dan datuk kepada lebih 20 cucu itu.

Salmah berkata, kejadian itu tidak sesekali membuatkannya ingin keluar dan berpindah dari kepulauan berkenaan.

“Selagi nyawa di kandung badan, saya akan tetap bertahan. Biar satu kampung hancur dihentak bumi, saya tak akan berganjak malah tidak kisah tinggal dalam khemah setahun lagi,” katanya.

Menurut Salmah, melihat cucunya masih mampu ketawa, dia menangis sendiri walaupun separuh hatinya hancur memikirkan keadaan mereka sekeluarga.

“Ketika kejadian, saya berada di dapur belakang rumah ingin minum air. Dalam sekelip mata, cawan di depan saya terjatuh dan keadaan gelap gelita.

“Cuma kedengaran bunyi atap dan dinding jatuh serta teriakan anak cucu. Saya tak kuat berjalan tapi gagahkan juga untuk keluar ikut pintu dapur.

“Bahagian dapur masih kayu, jadi agak lambat untuk roboh. Beberapa saat selepas saya keluar, saya sempat toleh ke belakang dan lihat bahagian depan rumah sudah ranap, satu persatu tiang kayu di dapur jatuh.

“Datang cucu sambil menangis dan memapah saya untuk menjauhi rumah sebelum kami semua berpegangan tangan mencari tanah lapang untuk berlindung,” katanya bersyukur apabila semua anak dan cucunya selamat.

Sementara itu, Kepala Desa Gumantar Pak Japarti berkata, hampir 90 peratus kediaman membabitkan 16 kampung kecil di kawasan berkenaan hancur dalam musibah itu.

“Desa ini saja mencatatkan 44 kematian daripada 249 keseluruhan angka direkodkan setakat ini,” katanya.

Desa Gumantar yang dihuni lebih 2,000 keluarga dengan jumlah penduduk sekitar 7,000 orang dilaporkan antara lokasi terjejas paling teruk dalam kejadian gempa bumi kali ini. – myMetro Online

Tags: gempa bumiwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd