• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seleweng Dana PRU14: Datuk Dan 6 PTD Direman 5 Hari

oleh Ahmad Albab
28/08/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang timbalan ketua pengarah jabatan bergelar “Datuk” dan enam pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman itu yang bermula hari ini hingga Sabtu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini.

Terdahulu, kesemua suspek tiba di mahkamah pada 9.05 pagi dengan berpakaian lokap SPRM berwarna jingga dan tangan bergari.

Menurut sumber SPRM, kesemua lelaki berusia 34 hingga 49 tahun itu ditahan SPRM antara 11.30 pagi dan 10 malam semalam.

Katanya enam PTD itu ditahan di JPM manakala “Datuk” tersebut ditahan di ibu pejabat SPRM di sini ketika hadir memberi keterangan.

Bagaimanapun menurutnya jumlah sebenar dana yang diselewengkan belum dapat dipastikan.

Kesemua suspek disiasat menurut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana salah guna kuasa. – BERNAMA

Tags: seleweng danaSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd