Friday, March 1, 2024

Creating liberating content

Harga Minyak Naik Sikit...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

Ahmad Yakob Angkat Sumpah...

KOTA BHARU - Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob hari ini mengangkat sumpah...

Hanya RM10, ‘Abe’ Kini...

RAUB - Biarpun lebih 40 tahun berlalu, setiap detik perjalanan kalaupun bukan semua,...

M’sia Komited Pelihara, Perkasa...

PUTRAJAYA - Malaysia komited memelihara dan memperkasa aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana...

Sebahagian Jln Sultan Ismail & Jln Barat Ditutup Bermula 11 Ogos

KUALA LUMPUR – Sebahagian laluan di Jalan Sultan Ismail dan Jalan Barat di sekitar kawasan Imbi akan mengalami beberapa gangguan aliran trafik bermula 11 Ogos berikutan kerja-kerja pembinaan infrastruktur Tun Razak Exchange (TRX).

Naib Presiden Kanan dan Pengurusan Pihak Berkepentingan TRX City Sdn Bhd Mohamed Razib Ahmad Din berkata laluan yang terlibat meliputi susur keluar Jalan Sultan Ismail menuju ke Bulatan Kampung Pandan dan Jalan Tun Razak (arah utara) dan sebahagian daripada Jalan Barat (dua lorong).

“Penutupan sebahagian laluan di Jalan Sultan Ismail akan dilaksanakan secara berterusan, 24 jam sehari selama lebih kurang 14 bulan bermula 11 Ogos sehingga 31 Oktober 2019.

“Manakala penutupan sebahagian Jalan Barat akan dilaksanakan secara berperingkat, 24 jam sehari selama lebih kurang tiga bulan bermula 11 Ogos hingga 18 November,”katanya kepada media dalam sesi penerangan khas di TRX Gallery di sini. hari ini.

Berikutan penutupan Jalan Sultan Ismail, pengguna jalan raya yang menuju ke pejabat Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd (SMART. Co) melalui Jalan Sultan Ismail perlu menggunakan laluan khusus yang disediakan untuk kenderaan dengan had ketinggian tidak melebihi 2.0 meter.

Sementara laluan masuk ke terowong SMART boleh diakses melalui Jalan Sultan Ismail dan dibuka seperti biasa.


Mohamed Razib juga menjelaskan gangguan aliran trafik kini berlaku memandangkan kerancakan kerja-kerja pembinaan infrastruktur TRX pada masa sekarang.

“Kami menjangkakan fasa pertama pusat kewangan antarabangsa ini yang merangkumi menara Exchange 106 dan Menara Prudential bakal beroperasi awal tahun depan.

“Untuk itu, demi memastikan kelancaran projek nasional ini dan keselamatan awam, penutupan jalan di beberapa lokasi yang terlibat tidak dapat dielakkan namun ia dilaksanakan secara sistematik dan terancang,” katanya.

Katanya beberapa langkah mitigasi akan diambil termasuk melebarkan sebahagian jalan untuk membolehkan pusingan U, menempatkan polis trafik di sepanjang jalan terlibat dan menghebahkan maklumat terkini melalui aplikasi Waze serta papan tanda elektronik ITIS. – BERNAMA

Kategori