• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Tak Tergesa-Gesa Untuk Jadi PM – Anwar

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak tergesa-gesa untuk menjadi Perdana Menteri.

Ketua Umum PKR itu berkata, ini kerana apa yang paling penting ketika ini adalah memberi sokongan terhadap kepemimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Justeru, bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak mahu dilihat sebagai pihak yang mahu menekan kerajaan yang baru ditubuhkan.

Bagaimanapun, katanya, jika beliau menjadi Ahli Parlimen, perkara utama yang akan dilakukan adalah menyokong kerajaan.

“Kalau saya dipilih untuk masuk Parlimen, saya akan bertindak sebagai penyokong kerajaan.

“Peralihan kuasa perlu berlaku dalam tempoh terdekat (tetapi) melalui penyertaan (saya) dalam Parlimen.

“(Tetapi) Sekarang, kita bagi sokongan penuh kepada Dr Mahathir untuk mengemudi kerajaan tanpa sebarang tekanan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Turut hadir, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, merangkap Timbalan Perdana Menteri.

Selain itu, Anwar juga bercadang untuk berjumpa dengan Dr Mahathir bagi membincangkan syor untuk melakukan reformasi terhadap institusi Parlimen.

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan kuasa Kabinet menteri tidak melebihi kuasa Parlimen.

“Beri peluang kepada saya untuk masuk mereformasikan Parlimen. Parlimen perlu diberi kesempatan secara demokrasi,” katanya.

Mengulas tindakan Ahli Parlimen PKR yang sanggup mengosongkan kerusi mereka untuk Anwar, beliau berkata, ‘pelawaan’ itu masih diteliti.

Beliau juga mengakui tidak berasa janggal dengan permintaan Ahli Parlimen tertentu yang mempelawanya mengambilalih kerusi mereka. – BH ONLINE

Tags: Anwar IbrahimPerdana Menteri
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mendakwa sebanyak 43 surat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd