• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Hanya Pertahankan Legasi

oleh
15/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan dakwaan beliau masih mencampuri urusan pentadbiran UMNO, dan menyatakan beliau hanya mempertahankan legasinya.

Katanya sejak beliau melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO pada Mei lepas, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang kini Presiden UMNO, bebas untuk membuat keputusan dalam perkara berkaitan hala tuju parti dan sebarang keputusan besar.

Najib berkata ini terbukti apabila Ahmad Zahid menentukan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis baru-baru ini.

“Saya menyokong beliau (Ahmad Zahid) sebagai presiden baharu dan memberi beliau sepenuh kerjasama tetapi saya juga berhak untuk mempertahankan dasar saya dan memperjelaskan salah tanggapan serta manipulasi fakta dan angka oleh kerajaan baharu.

“Saya fikir ini adalah adil, mempertahankan diri adalah hak yang diberi kepada mana-mana individu dan warga negara dan sebab itulah saya melaksanakan hak saya untuk memperjelaskan tentang dasar kami dan alasan untuk kami melakukan perkara tertentu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Najib berkata demikian sebagai respons kepada gesaan beberapa pemimpin UMNO termasuk bekas menteri daripada UMNO, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang mahu Najib menjauhkan diri daripada UMNO dan membenarkan kepimpinan baharu untuk membina semula parti itu.

Ditanya kenapa beliau hadir semasa tempoh berkempen dalam PRK Sungai Kandis awal bulan ini, Najib berkata pada mulanya beliau tidak berminat untuk pergi tetapi beliau diundang oleh calon UMNO, Datuk Lokman Noor Adam.

Sementara itu, ketika diminta mengulas laporan bahawa Menteri Kewangan Lim Guan Eng akan membentangkan usul di Dewan Rakyat supaya Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membuka semula siasatan ke atas skandal 1Malaysia Berhad Development (1MDB), Najib berkata beliau terbuka dengan perkara tersebut dan tidak membantah.

“Kalau nak buka semula saya tak ada bantahan kerana kita nak cari kebenaran, malah PAC dulu (semasa pemerintahan beliau) dah buat kesimpulan saya tidak lakukan sebarang kesalahan sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu.

“Jadi jika nak buka semula, itu hak PAC, tapi saya harap jangan la perkara ini dibuat hanya untuk cari kesalahan kerajaan lama semata-mata,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd