Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd hari ini melancarkan telefon pintar Galaxy Note 9 dan merancang memulakan penjualan untuk pasaran tempatan bermula 24 Ogos ini.

Galaxy Note 9 yang mempunyai kapasiti memori internal 128 gigabait (GB) disasarkan untuk dijual pada harga RM 3,699 manakala 512 GB pada harga RM4,599.

Presiden SME Yoonsoo Kim berkata stok Note 9 yang ditawarkan pada promosi pratempahan 10 Ogos lepas telah habis ditempah semalam.

“Galaxy Note 9 menggabungkan kuasa, produktiviti, daya ketahanan dan hiburan dalam satu peranti. Ditambah dengan ciri keselamatan gred pertahanan yang hebat, ia adalah peranti sesuai untuk setiap keperluan.

“Pengguna kini sentiasa mencari telefon pintar yang mampu melakukan semuanya perkara, dari mengambil gambar yang hebat, melancarkan aplikasi permainan, sehingga untuk membuat persembahan perniagaan. Saya gembira untuk mengumumkan bahawa sekarang anda mempunyai pilihan yang sempurna dalam Galaxy Note 9,” katanya pada pelancaran peranti tersebut di sini.

Samsung Galaxy Note 9 hadir dengan ciri S-Pen yang dinaik taraf. Berkembang dengan pelbagai fungsi dan kelebihan, S-Pen pada Note 9 kini menyokong ciri Bluetooth dan berkeupayaan menyampaikan cara baharu dalam mengendalikan peranti.

Ia boleh mengendalikan pelbagai fungsi dengan hanya satu klik seperti swafoto, membuat persembahan slaid dan memainkan video.

Model baharu itu mempunyai kelebihannya tersendiri apabila ia mampu bertahan sepanjang hari dengan kapasiti bateri 4,000mAh, keupayaan audio yang dinaik taraf serta sensor pengimejan yang menggabungkan kecerdasan perisian untuk membolehkan pengesanan pemandangan.

Maklumat lanjut mengenai Galaxy Note 9 boleh didapati di laman web Samsung, https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-note9/. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...