Sample Page Title

SEOUL – Firma elektronik gergasi Korea, Samsung dilaporkan sedang menghasilkan baju pintar yang berupaya mengesan sejumlah penyakit berkait paru-paru seperti pneumonia, bronkitis, asma dan penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD).

Baju itu dilengkapi sejumlah sensor dalaman yang mampu membaca paru-paru dengan mengesan bunyi organ itu, menyediakan diagnosis dan nasihat sebelum menghantar maklumat terus ke telefon pintar pemilik, menurut laman web LetsGoDigital.

Teknologi itu telah dipatenkan dengan Organisasi Harta Intelek Dunia.

Bagi memastikan data yang diperoleh tepat, pemilik perlu memasukkan maklumat sejarah perubatan mereka termasuk Indeks Jisim Badan, umur, jantina, berat badan dan tinggi ke dalam akaun pengguna.

Selain diagnosis, langkah-langkah pencegahan atau cadangan yang boleh diambil turut dihantar ke skrin telefon pintar pengguna. Ia didakwa mampu membantu mengurangkan masa mendapatkan rawatan di pusat kesihatan atau hospital. – Agensi

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Data Pelanggan Hotel Shangri-La Digodam

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara Asia...

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...