Friday, June 14, 2024

Creating liberating content

Peniaga Pasar Chow Kit...

PETALING JAYA - Peniaga di Pasar Transit Jalan Raja Bot mungkin boleh menarik...

Polis New York Cari...

POLIS di New York sedang mencari sepasang kekasih yang mengikat pertunangan di Times...

Malaysia Peroleh Kuota Tambahan...

PETALING JAYA - Kerajaan berjaya mendapat kuota tambahan sebanyak 2,100 jemaah haji muassasah...

Sentap Dikata Over, Ogy...

JIKA anda merupakan penonton setia rancangan Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014), pastinya...

Sains Bongkar Perbuatan Curi Air Di Seremban & Pajam

SEREMBAN – Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) membongkar perbuatan mencuri air di dua buah premis di kawasan Seremban dan Pajam, Selasa lepas.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Sains, Norzita Ismail berkata dalam serbuan pertama pada pukul 10.30 pagi di sebuah tapak pembinaan rumah kedai dua tingkat di Pajam, mendapati kontraktor pembinaan projek itu telah melakukan penyambungan tidak sah, menggunakan paip jenis ‘Unplasticized Polyvinyl Chloride (UPVC)’ bersaiz 20mm.

“Melalui semakan kita, penghuni premis didapati tidak pernah mempunyai sebarang akaun berdaftar dengan Sains. Siasatan tapak juga mendapati penyambungan tidak sah dibuat secara terus tanpa melalui sebarang meter dengan melalui dua sambungan penggunaan air iaitu untuk membancuh simen serta kegunaan para pekerja binaan yang tinggal di premis tersebut.

Melalui pemerhatian, projek pembinaan itu dianggarkan telah siap hampir 70 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya serbuan kedua pula yang dijalankan ke atas sebuah kedai menjual kereta terpakai di bandar Seremban mendapati penghuni premis telah melakukan sambungan tidak sah melalui meter yang tidak berdaftar dengan Sains.


Katanya bekalan air yang diperoleh dipercayai telah digunakan untuk kegunaan harian penghuni premis, disamping penggunaan di tandas dan operasi harian mencuci kenderaan yang ingin dijual di premis itu.

“Kita turut menjalankan ujian klorin di lokasi berkenaan dan terbukti bekalan air yang digunakan adalah air terawat milik Sains. Ekoran itu, kita telah menyita paip-paip dan meter yang digunakan di lokasi sebagai bahan bukti dan mengeluarkan notis makluman kesalahan kepada penguni premis berkenaan.

“Kedua-dua kes ini disiasat di bawah Seksyen 123 Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006. Operasi telah tamat pada pukul 4 petang pada hari yang sama,” katanya. – BERNAMA

Kategori