• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Proaktif Bantu Graduan Menganggur Dapatkan Pekerjaan

oleh Cj Mnh
14/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri mengambil pelbagai langkah proaktif untuk menangani masalah graduan menganggur bagi membantu mereka mendapatkan peluang pekerjaan, kata Menteri Pelajaran dan Inovasi negeri Datuk Dr Yusof Yacob.

Beliau berkata ini termasuk mengadakan sesi libat urus bersama Persatuan Majikan Sabah melalui Jabatan Tenaga Kerja Sabah serta pihak industri bagi mendapatkan maklumat awal kekosongan jawatan yang boleh ditawarkan sebelum ia disalurkan dalam setiap Karnival Pekerjaan anjuran jabatan.

“Sesi perkongsian maklumat turut dikendalikan Jabatan Tenga Kerja bersama Sabah Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia cawangan Sabah bagi mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan siswazah,” katanya.

Beliau menjawab soalan Matbali Musah (UMNO – Lumadan) berkenaan apakah tindakan jangka pendek dan jangka panjang kerajaan negeri bagi membantu graduan menganggur pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini hari ini.

Yusof berkata kerajaan negeri turut menekankan supaya pelabur dan majikan menggiatkan pelaburan bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berskala besar termasuk sektor berorientasikan perkhidmatan profesional, perkilangan, minyak dan gas di seluruh Sabah.

Beliau berkata pelbagai program turut diadakan untuk tujuan ini antaranya Program Train Ride Sabah berlangsung di Stesen Keretapi Tanjung Aru dan Beaufort pada 10 dan 11 Ogos lepas serta Program Kembara Kerjaya Sabah yang akan diadakan pada 2 hingga 6 Sept ini di Kota Kinabalu, Kudat, Kota Marudu, Ranau dan Keningau.

Selain itu, Kem Transformasi Minda Belia bagi membantu membina potensi dan minat dalam bidang perniagaan akan turut diadakan di lapan daerah iaitu Tawau, Semporna, Papar, Sipitang, Pulau Banggi, Kota Belud, Keningau dan Tenom, selain meneruskan program Pitchborneo di empat lokasi iaitu Kota Kinabalu, Keningau, Ranau dan Tawau, katanya. – BERNAMA

Tags: pekerjaanPenganggur
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kongres Sedunia Perpustakaan Bakal Jana RM40 Juta

Next Post

Angkara Hantu Kak Limah, Delimawati Terguris Hati

Related Posts

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

03/07/2025
0

SHAH ALAM - Seorang penganggur yang berhijrah dari kampung ke Sungai Buloh untuk mencari pekerjaan, didakwa di Mahkamah Majistret di...

Penganggur Bunuh Adik, Ibu Saudara, Dihukum Penjara 35 Tahun, 24 Sebatan

Penganggur Bunuh Adik, Ibu Saudara, Dihukum Penjara 35 Tahun, 24 Sebatan

14/11/2024
0

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara 35 tahun kepada seorang penganggur kerana membunuh adik lelaki dan ibu...

Next Post

Angkara Hantu Kak Limah, Delimawati Terguris Hati

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd