• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Peruntuk RM1 Juta Tingkat PKS Program SIRIM-Fraunhoufer

oleh Cj Mnh
29/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Kementerian Perdagangan dan Industri Sabah memperuntukkan geran RM1 juta bagi peningkatan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negeri ini melalui Program SIRIM-Fraunhoufer.

Pembantu menteri kementerian itu Azhar Matussin berkata ia adalah komitmen berterusan bagi memastikan kejayaan pelaksanaan perindustrian di negeri ini membabitkan usahawan PKS menerusi program tersebut yang direka khusus untuk mempertingkatkan produktiviti perusahaan itu melalui aplikasi teknologi dan intervensi.

“Sebanyak 25 syarikat PKS di negeri ini dibiayai untuk program SIRIM-Fraunhoufe bertujuan membantu perniagaan syarikat antaranya dari segi pengeluaran dan pengurangan tenaga kerja,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Keterlibatan SIRIM-Industri di sini, hari ini.

Seramai 130 wakil daripada agensi kerajaan, persatuan industri dan usahawan tempatan pelbagai sektor hadir pada program itu yang menawarkan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan teknologi SIRIM.

Azhar berkata kerajaan negeri menjalin kerjasama erat dengan SIRIM dalam memperkasa bidang industri di negeri ini sebagai usaha mewujudkan peluang pekerjaan bagi mengurangkan penghijrahan belia negeri ini ke Semenanjung untuk bekerja.

Pada masa sama, beliau berkata pemerkasaan bidang perindustrian juga penting kepada ekonomi negeri ini. – BERNAMA

Tags: PKSSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd