• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rusia Adakan Latihan Perang Terbesar September

oleh Cj Mnh
28/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Rusia akan menjadi tuan rumah latihan perang terbesar pernah diadakan sejak 1980-an, Vostok-2018, dengan penyertaan kira-kira 300,000 anggota tentera dan 1,000 pesawat, pada bulan depan.

Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu berkata, latihan itu akan diadakan dari 11 sehingga 15 September di timur negara ini dan akan disertai oleh China dan Mongolia.

“Program ini adalah pengulangan daripada Zapad-81 namun lebih besar,’’ katanya yang merujuk latihan perang 1981 di timur Eropah.

Menurut beliau, lebih 1,000 pesawat dan hampir 300,000 anggota tentera daripada kesemua peringkat bahagian tengah dan timur akan terlibat dalam latihan tersebut.

“Cuba anda bayangkan lebih 36,000 peralatan tentera bergerak serentak pada waktu yang sama- kereta kebal, pengangkut perisai, kenderaan perang infantri. Semua ini akan memperlihatkan situasi seperti peperangan,’’ katanya.

Moscow memaklumkan, latihan tentera Zapad-2017 yang diadakan bersama-sama Belarus dan beberapa wilayah di Rusia menyaksikan penyertaan 12,700 anggota tentera.

Walau bagaimanapun Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mendakwa, kenyataan Rusia itu sengaja diperbesar-besarkan malah beberapa sekutu mereka memberitahu, latihan itu hanya disertai 100,000 anggota tentera. – AFP

Tags: latihan perangRusia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd