• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RTM Kekal Relevan Sebagai Medium Menyatupadukan Rakyat

oleh
19/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Sebagai sebuah stesen penyiaran negara, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kekal relevan sebagai medium dalam menyatupadukan rakyat pelbagai kaum di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Beliau berkata ini dijayakan menerusi pelbagai rancangan yang diterbitkan sama ada program di radio mahupun televisyen.

“Meskipun menghadapi persaingan bukan sahaja daripada stesen penyiaran swasta di negara ini, malah kewujudan media alternatif yang kini semakin cuba mendominasi, namun RTM tetap unggul dan menjadi pilihan rakyat mendapatkan maklumat tepat,” katanya pada perasmian Pertandingan Akhir Bintang SandakanFM 2018 di sini, malam tadi.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Sulitnya Mohd Hanafi Montoi. Turut hadir Pemangku Pengarah RTM Sabah Malinaziah Datu Mohd Julaspi.

Pada pertandingan itu, Dewi Masita Osman dinobatkan sebagai juara, Siti Aqiela Nurdin (naib juara) dan Rahmat Mohamad (tempat ketiga).

Liew yang juga Anggota Parlimen Batu Sapi menyifatkan penganjuran pertandingan itu dapat mengetengahkan bakat nyanyian khususnya golongan belia di daerah ini di peringkat lebih tinggi.

Katanya tidak dinafikan RTM telah berjaya melahirkan bakat baharu dalam seni suara serta melahirkan barisan bintang popular menerusi pelbagai program pertandingan nyanyian dianjurkannya. – BERNAMA

Tags: RTM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengundi Seri Setia Perlu Calon Mesra, Dekati Rakyat

Next Post

Peralihan Kuasa Perdana Menteri Soal Muafakat

Related Posts

Ustaz Don Daniyal Direhatkan Daripada Bersiaran Di RTM

Ustaz Don Daniyal Direhatkan Daripada Bersiaran Di RTM

05/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid direhatkan daripada bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM), susulan isu...

RTM Siar Secara Langsung 61 Aksi Liga M 2024/2025

RTM Siar Secara Langsung 61 Aksi Liga M 2024/2025

11/05/2024
1

PEMINAT sukan bola sepak tanah air berpeluang menyaksikan 61 perlawanan bola sepak Liga Malaysia (Liga-M) 2024/2025 yang akan disiarkan secara...

Next Post

Peralihan Kuasa Perdana Menteri Soal Muafakat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd