• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rentak Kempen Di Balakong Masih ‘Suam-Suam Kuku’

oleh Ahmad Albab
27/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALAKONG – Rentak kempen di kalangan calon parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undang Negeri (DUN) Balakong masih perlahan sungguhpun kini telah masuk hari ke sembilan berkempen.

Selain laporan polis oleh calon Pakatan Harapan (PH) Wong Siew Ki mengenai tuduhan calon MCA Tan Chee Teong bahawa PH terlibat melakukan vandalisme terhadap bahan kempen MCA , suasana kempen masih lesu.

Ketika politik peringkat nasional sibuk membincang serta bertikam lidah mengenai beberapa isu seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) dan lain-lain lagi, penduduk Balakong lebih menumpukan soal kebajikan kawasan mereka.

Urusan seperti biasa bagi penduduk kawasan ini. Sambutan terhadap Pilihan Raya Kecil (PRK) ini masih suam-suam kuku, berbeza ketika Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) lalu di mana keghiarahan untuk bercakap mengenai politik dan kempen agresif menjadi perkara rutin.

Bahan kempen sepert bendera parti and papan tanda mempromosikan calon tidak banyak kelihatan, seperti yang disaksikan Bernama.

Kerusi DUN Balakong menjadi kosong berikutan kematian penyandangnya Eddie Ng Tien Chee dalam kemalangan jalan raya pada 20 Julai lepas. Dalam PRU14 Ng memperolehi majoriti besar 35,538 undi dalam pertandingan tiga penjuru.

PRK ini yang akan diadakan pada 8 Sept menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan Wong Siew Ki dan Tan Chee Teong dari MCA.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tempoh kempen selama 21 hari bagi PRK ini iaitu satu tempoh yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Kedua-dua calon tidak membuang masa untuk memulakan kempen sejurus selepas penamaan calon pada 18 Ogos dengan Pakatatan memulakan dahulu berbanding parti lawan.

Pada hari permulaan berkempen menyaksikan Wong dan pasukannya memilih beberapa kawasan dengan purata tiga program sehari dengan pendekatan bersemuka menerusi tinjauan mesra di pasar dan acara berasasakan komuniti.

Tan dalam pada itu bergerak rancak dengan sekurang-kurangnya tujuh aktiviti sehari bermula pagi hingga ke malam. Dengan tema kempen “Semak dan Imbang”, Tan berharap para pengundi akan mengundinya bagi pembangkang yang efektif dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

Bagaimanapun kempen di PRK Balakong sehingga kini pada keseluruhannnya agak hambar kecuali beberapa ketika di mana kedua-dua calon menyindir antara satu sama lain.

Sebagai contoh Tan yang mempromosikan dirinya sebagai anak tempatan Balakong mempersoal latar belakang dan keupayaan Wong berkhidmat kepada rakyat di sini kerana beliau dianggap sebagai orang luar. Wong yang berusia 32 tahun berasal dari Ipoh dan tinggal di Serdang.

Beliau juga mencabar Wong untuk menunaikan manifesto pilihan raya PH untuk menghapuskan tol di kawasan Balakong.

Sebagai balasan, Wong menganggap Tan sebagai tidak kreatif dalam membuat cabaran itu kerana perkara berkenaan (tol) adalah keputusan kerajaan pusat.

Beliau juga menimbulkan keraguan terhadap matlamat Tan untuk “semak dan imbang” dengan menambah MCA sepatutnya memainkan peranan itu ketika mereka masih ada peluang bagi menghalang sebarang perbuatan salah laku dalam pentadbiran kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Dalam perkembangan lain kedua-dua pengarah PRK bagi PH Ean Yong Hian Wah dan Datin Paduka Chew Mei Fun bagi MCA bersependapat bahawa lebih banyak strategi dan program akan diketengahkan pada saat akhir kempen PRK itu nanti. – BERNAMA

Tags: DAPMCAPRK Balakong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd