• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Realistikkah Harga ECRL Sebanyak RM10 Bilion? – Najib

oleh Cj Mnh
29/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoal kewarasan kos hanya RM10 bilion diperlukan untuk membangunkan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

Menurutnya, ECRL bakal memiliki lebih banyak stesen berbanding projek rel di negara lain kerana merentasi banjaran Titiwangsa dan perlu dilindungi dari musim banjir yang kerap di Pantai Timur.

Oleh itu, katanya, kos bagi setiap kilometer bagi membina ECRL itu sudah tentu perlu mengambil kira cabaran-cabaran tersebut.

“Hari ini, Perdana Menteri berkata, terdapat syarikat tempatan yang boleh membina ECRL pada kos RM10 bilion sahaja. Bagi jarak 688 kilometer, ia bermasuk kos hanya RM14.5 juta bagi setiap kilometer.

“Adakah harga ini realistik jika dibandingkan dengan projek-projek lain? Kos projek berbeza ketara berdasarkan kepada spesifikasi terowong, jambatan dan stesen,” katanya menerusi akaun Facebooknya, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berkata, terdapat pihak bersedia membangunkan projek ECRL pada kos serendah RM10 bilion.

Tidak menamakan pihak berkenaan, Dr. Mahathir menjelaskan, kerajaan sudah tentu menimbangkan pilihan yang lebih murah kerana ‘tidak cerdik’ kalau tidak menghiraukannya.

Dalam pada itu, Najib turut menjelaskan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mendakwa angka RM81 bilion untuk membina ECRL itu adalah termasuk kos faedah dan operasi.

“Ia diibaratkan seperti membeli kereta pada harga RM55,000, kemudian memasukkan kos minyak, kos sewa beli, kos penyelenggaraan, kos insurans sepanjang hayat kereta itu dan cakap kos kereta itu ialah RM81,000.

“Apabila negara lain mengumumkan tentang projek rel masing-masing, mereka tidak memasukkan kos faedah dan operasi seumpama itu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakProjek ECRL
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd