• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah: Pesara Polis Mengaku Tidak Bersalah

oleh Cj Mnh
02/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang pesara polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menerima rasuah RM4,500 pada 2014.

Tertuduh Shahidan Ladin, 63, yang merupakan bekas Komander Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP), Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Kayu Hitam membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azman Abu Hassan selepas pertuduhan dibacakan.

Shahidan yang masih berkhidmat ketika itu dituduh secara rasuah memperoleh tiga kali suapan RM1,500 daripada Saleh@Md Zamri Md Saman sebagai dorongan kepada tertuduh untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya yang melakukan aktiviti haram menjual dan menyeludup minyak petrol dan diesel dari sempadan Malaysia ke Thailand.

Bagi pertuduhan pertama dia didakwa melakukan kesalahan itu di tapak gudang haram Kampung Remia Manis, Durian Burung di Kuala Nerang pada 1.52 petang, 24 Sep 2014; pertuduhan kedua di lokasi sama pada 11.52 pagi, 23 Okt 2014 dan pertuduhan ketiga di perkarangan tempat letak kereta Hospital Kuala Nerang pada 1.05 tengah hari, 28 Nov 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Bagaimanapun Azman membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,500 untuk kesemua pertuduhan itu dengan seorang penjamin serta menetapkan 4 Sept depan bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM A. Hafiizh Abu Bakar manakala Shahidan tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: Kes RasuahUPP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd