• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rahman, Rafizi Mungkin Selesai Kes Secara Baik

oleh Cj Mnh
28/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes saman bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli, berhubung kontrak pelaksanaan Ekspo Negaraku 2017, mungkin diselesaikan secara baik.

Peguam Umi Farhanah Mohd Nasir yang mewakili Abdul Rahman berkata, kedua-dua pihak kini berbincang bagi menyelesaikan kes secara baik.

Bagaimanapun, katanya, kes akan diteruskan dengan perbicaraan tiga hari bermula 3 September ini, jika tiada penyelesaian dicapai.

Mohd Rafizi diwakili peguam Abdul Halim Abdul Karim.

Pengurusan kes didengar di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Norfauzani Nordin, hari ini.

Pada 30 Januari lalu, Abdul Rahman sebagai plaintif memfailkan saman itu dengan menamakan Mohd Rafizi sebagai defendan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Abdul Rahman mendakwa pada 10 November 2017, defendan melalui status di laman Facebook miliknya memaklumkan akan mengadakan sidang media bagi mendedahkan penyelewengan membabitkan seorang menteri.

Pada 11 Disember tahun lalu, defendan mengadakan sidang media bertajuk ‘Skandal Baru UMNO, Menteri Mana Pula Yang Kena?’ di pejabatnya di Sungai Besi di sini, dengan dihadiri wartawan pelbagai media.

Plaintif mendakwa sidang media itu disiarkan secara langsung melalui akaun Facebook milik Mohd Rafizi iaitu Rafizi [email protected].

Pada sidang media itu, defendan didakwa secara semberono dan berniat jahat menerbitkan atau menyebabkan kenyataan fitnah dan palsu serta berniat jahat diterbitkan merujuk kepadanya.

Plaintif mendakwa fitnah itu membawa maksud beliau tidak jujur dan korup, selain menuduhnya terbabit dengan transaksi mengelirukan.

Akibat pernyataan fitnah itu, plaintif mendakwa reputasi dan maruahnya terjejas serta dipandang rendah dan hina oleh masyarakat umum.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, teruk, teladan selain perintah injunksi supaya defendan melalui dirinya atau wakil dihalang daripada menerbitkan, mengeluarkan dan mencetak perkataan sama yang memfitnah plaintif. – BH Online

Tags: Abdul Rahman DahlanMohd Rafizi Ramli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perintah Kawalan Pergerakan: 7 Saranan Untuk Kerajaan

17/03/2020
0

Salam. Beberapa cadangan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri kita dalam Kabinet: 1. Benarkan pengusaha kimia untuk...

Lantikan Rafizi Ialah Hak Istimewa Presiden Parti

29/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan bekas Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli sebagai Naib Presiden PKR merupakan hak istimewa Presiden PKR, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd