• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lantikan Rafizi Ialah Hak Istimewa Presiden Parti

oleh
29/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelantikan bekas Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli sebagai Naib Presiden PKR merupakan hak istimewa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memilih.

Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Rafizi juga menerima banyak undi pada proses pemilihan PKR 2018 baru-baru ini.

“Itu adalah prerogatif presiden (parti) untuk memilih sesiapa dan Rafizi juga dalam pertandingan (pemilihan PKR) mendapat undi yang banyak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Karnival Aspek Wanita Pandan dan Program Back To School di Dewan Jalan H. Kampung Pandan Dalam, di sini hari ini.

Selain Rafizi, Anggota Parlimen Tanjong Malim Chang Lih Kang dan Anggota Parlimen Saratok Ali Biju turut diumumkan sebagai Naib Presiden PKR.

Pengumuman itu dibuat semalam oleh Anwar dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Ketiga-tiga lantikan baharu tersebut akan menyertai tiga lagi naib presiden parti yang dipilih pada Pemilihan PKR 2018 baru-baru ini, iaitu Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A Xavier Jayakumar; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, dan Tian Chua.

Pada proses pemilihan PKR lepas, Rafizi tewas kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi merebut jawatan Timbalan Presiden. – BERNAMA

Tags: Mohd Rafizi Ramli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Populariti Mahathir Merosot Untungkan Anwar?

20/12/2018
0

POPULARITI Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad didapati merosot oleh tinjauan yang dilakukan badan penyelidik diketuai Mohd Rafizi Ramli. Kaji...

Nurul Izzah, Rafizi Dan KJ Minum Bersama Di Bangsar

18/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Nurul Izzah Anwar yang meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pengerusi PKR Pulau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd