• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perintah Kawalan Pergerakan: 7 Saranan Untuk Kerajaan

oleh
17/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Salam. Beberapa cadangan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri kita dalam Kabinet:

1. Benarkan pengusaha kimia untuk tukar bisnes kepada membuat hand sanitizer walaupun tidak ada lesen dari MOH dan KPDNKK. Stok hand sanitizer amat terhad dan ianya amat penting untuk pembersihan tangan. Untuk membuat hand sanitizer tidaklah sukar. Lagipun ianya bukan untuk di makan dan lesen-lesen tertentu itu boleh dimansuhkan. Jika penawaran botol plastik tidak mencukupi, benarkan mereka menjual dalam bentuk kuantiti yang boleh diisi dalam botol kosong yang dibawa oleh pembeli.

2. Benarkan pengusaha restoran makan untuk terus beroperasi tanpa pelanggan. Sekurang-kurangnya mereka boleh menghantar makanan melalui food panda atau Grab food. Budak budak yang menghantar makanan pun boleh cari pendapatan dalam keadaan sekarang ini. Pengusaha restoran pun boleh bernafas sedikit.

3. Semua material atau produk dari China yang tersadai di warehouse atau gudang di pelabuhan Malaysia dibenarkan untuk dilepaskan tanpa kuarantin yang terlalu panjang. World Health Organisation (WHO) berpandangan jangkitan virus melalui hantaran package atau hantaran barangan sangat rendah. Sekurang-kurangnya kilang di Malaysia masih boleh beroperasi.

4. Haramkan “short selling” dalam Bursa Malaysia di mana pelabur boleh menjual saham yang dia tidak pegang dengan harapan dapat membeli saham tersebut pada harga yang rendah. Ini akan menyebabkan harga saham mendapat tekanan jualan dan harga akan jatuh lagi.

5. Online bisnes mesti digalakkan lagi. Perniagaan atas talian tidak ada interaksi fizikal.

6. Tidak benarkan pembelian makanan dan barangan rumah yang berlebihan. Siapa yang buat boleh didakwa.

7. Jangan umum dasar yang tidak efektif tapi merugikan. Contohnya 2% diskaun bil elektrik tidak efektif tapi akan menyebabkan kos subsidi kerajaan sebanyak RM500 juta sedangkan harga minyak dan arang batu sudah murah dan kos operasi TNB sudah berkurangan. Biarlah diskaun itu ditanggung oleh TNB bukannya kerajaan. RM500 juta subsidi kerajaan itu boleh digunakan untuk membeli ventilator dan peralatan kesihatan yang lain dalam menghadapi kes kes yang dijangka akan memuncak dalam beberapa minggu akan datang.

Semoga Allah melindungi Malaysia dan rakyatnya.

DARD

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia

Ketua UMNO Sabah, Bahagian Tuaran

Tags: Abdul Rahman Dahlanperintah kawalan pergerakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

Akta Laksana Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjut Hingga 31 Disember

29/07/2021
0

PETALING JAYA – Penguatkuasaan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dilanjutkan bagi tempoh bermula 2 Ogos sehingga 31 Disember 2021....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd