• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan PH Akan Teruskan Banyak Projek BN

oleh
14/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Tidak semua projek yang dibangunkan di negara ini akan dibatalkan, sebaliknya projek yang memberi manfaat terus kepada rakyat ataupun “people centric and high impact project” (berasaskan rakyat dan berimpak tinggi) akan diteruskan, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Katanya, bagi memastikan kesejahteraan, keselamatan dan taraf hidup rakyat dipelihara, terutama di kawasan luar bandar, ada projek pembangunan yang akan diteruskan.

“Antaranya, seperti pembinaan jalan raya, jambatan, bekalan air, elektrik, keselamatan dan kesihatan, sekolah serta rumah ibadah.

“Sementara projek yang ditangguhkan dan dibatalkan adalah projek mega kerana kemudahan sedia ada masih dapat memenuhi keperluan rakyat… jadi kita rasa perlunya senarai keutamaan,” katanya sewaktu menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) tahun 2018 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) tahun 2018, di Parlimen, hari ini.

Sebelum ini dilaporkan bahawa, kerajaan berhasrat membatalkan projek infrastruktur disokong negara China bernilai berbilion ringgit yang dimeterai kerajaan terdahulu dalam usaha kerajaan membebaskan negara daripada hutang.

Pada penggulungan itu, Mohamed Azmin turut berkata, terdapat peruntukkan sebanyak RM31.5 juta kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang bakal digunakan untuk tujuan membina dan menaik taraf bangunan serta cadangan lain.

“Kita ada 317 tanah rancangan FELDA di seluruh negara termasuk sekolah agama dan dewan orang ramai. Dengan menggunakan peruntukan yang sama, kita akan gunakan untuk memasang lampu di kawasan FELDA,” katanya.

Beliau sebelum ini pernah berkata bahawa, di bawah kerajaan Pakatan Harapan, kementeriannya komited untuk memulihkan FELDA secepat mungkin demi kesejahteraan peneroka selaras matlamat Akta Kemajuan Tanah 1956. — BERNAMA

Tags: Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd