Saturday, July 20, 2024

Creating liberating content

Tiga Disahkan Maut, Pesawat...

JAKARTA - Dua orang awam adalah antara tiga orang yang disahkan maut dalam...

Lesen Kontraktor Gred G1...

KUCHING - Kementerian Kerja Raya akan membuka pendaftaran lesen kontraktor gred G1 kepada...

Kebakaran Hutan Di Simpang...

IPOH - Kebakaran hutan di Kilometer 45, Jalan Simpang Pulai berhampiran Kampung Raja,...

Ku Nan Setuju Bayar...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor...

Projek Ladang Hutan Di Kedah Diteruskan Dengan Pemantauan

ALOR SETAR – Projek pembangunan ladang hutan masih diteruskan di Kedah dalam usaha memastikan bekalan kayu-kayan dapat ditambah bagi mengurangkan kebergantungan kepada bekalan sumber asli dari hutan.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata bagaimanapun langkah kawalan dan pemantauan bersama agensi teknikal lain selari dengan peraturan serta syarat telah ditetapkan bagi mencapai objektif penubuhan ladang hutan itu.

“Majlis Tanah Negara pada tahun 2012 telah meluluskan Zon Pembangunan Ladang Hutan dalam Hutan Simpanan Kekal. Penubuhan kawasan ladang hutan ini hendaklah mematuhi piawaian yang ditetapkan dalam Standard Pensijilan Pengurusan Hutan di bawah Skim Pensijilan Kayu Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd Isa Shafie (PAS-Belantik) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini, yang ingin tahu tindakan kerajaan terhadap penggondolan hutan di Bukit Enggang, Sik selain sama ada kerajaan negeri ingin membiarkan atau membatalkan projek itu dengan serta-merta.

Mengenai hutan di Bukit Enggang, Mukhriz berkata Hutan Simpan Bukit Enggang yang telah diusaha hasilkan itu dijalankan dalam kawasan hutan pengeluaran dengan kerajaan negeri meluluskan seluas 1,000 hektar di kawasan hutan simpan itu.


“Ia meliputi sebahagian kompartmen 12 seluas 500 hektar dan kompartmen 13,14 dan 15, seluas 500 hektar kepada Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) untuk tujuan pembangunan ladang hutan. Kawasan tersebut telah diluluskan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) oleh Jabatan ALam Sekitar,” katanya.

Namun, beliau berkata status terkini kerja mengusahakan kawasan hutan simpan itu telah pun selesai dilakukan dan sedang dalam proses penanaman semula pokok daripada spesies Batai. – BERNAMA

Kategori