• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Balakong Tentukan MCA Aset Atau Liabiliti BN

oleh Ahmad Albab
23/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALAKONG – Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong akan menjadi medan penentu sama ada MCA masih aset atau liabiliti kepada Barisan Nasional (BN) kata Setiausaha Agung parti itu Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Beliau berkata keputusan bertanding menggunakan logo sendiri buat pertama kali pada PRK berkenaan sejak kerjasama dalam BN 60 tahun lepas bukannya mudah.

Namun, beliau berkata parti itu membuat keputusan untuk mengambil langkah yang disifatkannya sebagai luar biasa itu sebagai satu peluang untuk menguji kekuatan sokongan kaum Cina kepada parti itu.

“Tohmahan pembangkang kita diselubungi rasuah dan imej yang buruk.

“Hari ini kita nak cari balik apa kita hilang kita nak bagitahu (orang ramai)…nak pamerkan MCA sebagai parti ikhlas memang kita nak wakili kaum Cina,” katanya ketika ditemui sewaktu membantu kempen hari keenam calon MCA untuk PRK Balakong Tan Chee Teong, di sini hari ini.

Pada kempen itu, beliau menyertai Tan memberi ceramah dari atas trak mengelilingi kawasan sekitar Taman Megah, di sini.

Ong bagaimanapun menegaskan bahawa tiada keputusan parti untuk keluar daripada BN buat masa ini, dan kerjasama mereka masih seperti sedia kala malah, perjumpaan bersama parti-parti komponen yang lain diadakan seperti biasa.

“Ini cuma pilihan raya kecil bukan pilihan raya umum, peluang yang baik untuk kita jadikan ujian dan merancang masa depan parti,” katanya.

PRK yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Eddie Ng Tien Chie dalam satu kemalangan jalan raya 20 Julai lepas menyaksikan Tan, 40, yang merupakan Anggota Jawatankuasa MCA Bangi (sebelum persempadanan semula MCA Serdang) berhadapan calon Pakatan Harapan(PH) Wong Siew Ki, 32.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Ng menewaskan calon Barisan Nasional, Lim Chin Wah dan Mohamad Ibrahim Ghazali (PAS), dengan majoriti 35,538 undi. – BERNAMA

Tags: MCAPRK Balakong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hanya Satu Episod Kecil, Matlamat Akhir Mereka Mahu UEC Setaraf SPM STPM – Anuar

Hanya Satu Episod Kecil, Matlamat Akhir Mereka Mahu UEC Setaraf SPM STPM – Anuar

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Matlamat sebenar pihak yang mendesak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah UEC dijadikan setaraf dengan Sijil Pelajaran...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd